Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bongkar Tindakan Tak Bermoral Setiausaha, Imam 3 Masjid Al-Ehsan Letak Jawatan

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid.

Imam 3 masjid akur arahan pengerusi

Dalam surat perletakan jawatan bertarikh 21 Januari 2026, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas akur dengan arahan pengerusi masjid berhubung isu salah laku yang sedang berlaku.

“Saya juga ingin meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan masjid kerana terlalu lemah dan takut dalam mengambil tindakan ke atas setiausaha yang menonton video lucah di dalam masjid menggunakan peralatan masjid pada 27 Disember 2025 lalu, walaupun bukti telah disertakan.
“Kemudian, tiada pembelaan daripada pihak masjid terhadap saya sebagai imam apabila ada pihak lain yang menuduh, memutar belit cerita dan juga melaknat saya kerana cuba membongkarkan perkara busuk yang berlaku di dalam masjid,”tulisnya.

Imam 3 masjid tegaskan bukan dia yang sebarkan

Muhammad Adhan menjelaskan rakaman itu dibuat semasa beliau menjadi saksi akad nikah dan hanya bertujuan untuk rujukan pihak pengurusan masjid serta Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Namun, video tersebut telah disalah guna dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Isu video yang tular itu bukan saya yang sebarkan. Rakaman tersebut diambil untuk rujukan ahli jawatankuasa masjid dan JAIM sahaja, namun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkannya.
“Bagi mereka yang mengecam saya tanpa mengetahui cerita sebenar, saya memaafkan semuanya. Pada masa akan datang, tabayyunlah dahulu sebelum membuat sebarang komen,” ujarnya lagi.

imam 3 masjid

Artikel lain: Balik Dari Masjid, Geng Kanak-Kanak Teruja Jumpa KA Depan Rembayung – “Nampak Abang Buat Live”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman memaklumkan isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa masjid minggu hadapan bagi menentukan tindakan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Lokal

Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung video yang tular di media sosial memperlihatkan program zumba yang tidak senonoh. Buka kertas siasatan Menurut Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd