Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ikan Arowana Dari Kolam Pecah Perlu Dipulangkan Kepada Pemilik Asal

Penduduk sekitar Layang dan Simpang Renggam di Johor Bahru yang menangkap ribuan ikan spesis Arowana hanyut dari sebuah kolam pecah perlu memulangkannya semula.

Memetik laporan Buletin TV3, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, ikan ditemukan itu jelas milik individu dan sepatutnya dipulangkan kepada pemilik asal.

Foto: The Sun

“Jika jelas ia milik orang dan kita tahu siapa pemiliknya, hendaklah kita pulangkan kepada pemilik. Itulah sebaik-baik akhlak sebagai seorang Muslim khususnya malah semua ajaran agama mendidik kita agar tidak mengambil hak orang lain.
“Ia berikutan kita tidak boleh makan atau mengambil sesuatu yang bukan hak kita bahkan kita bimbang ia menjadi darah daging kita, jika ia dari sumber yang tidak sah. Melainkan pemilik ikan memberi izin atau menghalalkannya, maka itu rezeki kepada sesiapa yang menjumpainya,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan ribuan ikan spesis Arowana ditemukan dalam kawasan anak sungai dan parit sekitar kawasan Layang dan Simpang Renggam da turut hanyut hingga ke Sungai Sayong dan Kota Tinggi, sejak kelmarin.

Ikan hiasan bersisik emas dan putih dalam anggaran berat dua kilogram dipercayai dihanyutkan dari kawasan kolam ternakan kawasan berdekatan.

Susulan daripada itu, penduduk sekitar tidak melepaskan peluang menangkap ikan terbabit menggunakan jala dan jaring. Malah terdapat juga yang menjadikan ikan hiasan berkenaan sebagai hidangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd