Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Siasat Segera! Ibu Dakwa Bayi Dibiarkan Tanpa Rawatan Hingga Kena Sawan

Ibu Dakwa Bayi Dibiarkan Tanpa Rawatan

Tular di media sosial apabila seorang ibu dakwa bayi dibiarkan tanpa rawatan sehingga diserang sawan di salah sebuah hospital di Melaka.

Susulan itu, kerajaan negeri mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap dakwaan kecuaian melibatkan seorang bayi perempuan berusia 22 bulan yang didakwa menunggu hampir 11 jam di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Besar Melaka (HBM) sebelum diserang sawan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, beliau telah menghubungi Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ruzita Mustaffa selepas dimaklumkan mengenai kes tular berkenaan pagi tadi.

“Kerajaan negeri memandang serius dakwaan tersebut kerana melibatkan kesihatan dan keselamatan pesakit, lebih-lebih lagi melibatkan bayi. Kita tidak mahu perkara seperti ini berulang dan sekiranya siasatan mendapati wujud kecuaian, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya ketika dihubungi.

Ibu Dakwa Bayi Dibiarkan Tanpa Rawatan Hingga Kena Sawan

Menurutnya, pihaknya berharap orang ramai dan media tidak membuat spekulasi sehingga laporan penuh siasatan diperoleh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 13 minit di media sosial memaparkan seorang bayi yang menangis kesakitan dipercayai akibat demam panas, sekali gus mencetuskan rasa simpati dan kemarahan dalam kalangan netizen.

Video berkenaan disertakan dengan luahan pilu ibu mangsa yang mendakwa anaknya, Farha, tidak menerima rawatan yang sepatutnya sejak tiba di hospital pada pukul 2:30 petang, 10 Mei lalu. Menurut ibu tersebut, suhu badan anaknya mencecah 40.1°C namun tiada pemantauan dilakukan selama berjam-jam.

“Korang langsung tak datang cek suhu dia, monitor suhu dia. Sampai saya sendiri yang kejap-kejap tengok suhu dia, bawa termometer sendiri dari rumah,” katanya dalam luahan tersebut.

Situasi menjadi lebih genting apabila sekitar jam 1 pagi, anak kecil itu tiba-tiba diserang sawan dan mengalami kekejangan sebelum petugas hospital segera memindahkannya ke Zon Kuning untuk rawatan lanjut.

“Anak saya demam panas start 9 Mei lagi tapi masih boleh gelak dan bermain. Bila saya bawa ke hospital, mereka biarkan kami tanpa tindakan. Bila anak saya kejang, baru semua kalut,” luahnya lagi.

Artikel lain:  Pilu! Ibu Gajah Tak Berganjak, Cuba Alih Lori Kontena Untuk Selamatkan Anak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden itu turut menimbulkan kemarahan netizen yang menggesa tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat dan menuntut penambahbaikan terhadap sistem rawatan kecemasan hospital kerajaan.

Datuk Ngwe turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri komited memastikan tahap perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, berperikemanusiaan dan selamat, terutamanya untuk golongan rentan seperti kanak-kanak.

Sumber: FB (Aishah Adelia), Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd