Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Homebois, Team SMG Wakil Malaysia Ke Kejohanan Dunia M5

Team SMG dan HomeBois dihantar sebagai wakil Malaysia ke Kejohanan Dunia M5 yang berlangsung di Manila, Filipina bermula 2 Disember ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah mengadakan majlis pelepasan esukan profesional negara yang akan bertanding di kejohanan itu semalam.

Homebois, Team SMG wakil Malaysia ke Kejohanan Dunia M5

Foto: Majoriti

Pelepasan pasukan profesional Mobile Legend: Bang Bang (MLBB)  itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri KBS, Adam Adli yang diadakan di Dewan Serbaguna Parlimen Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seiring dengan pelepasan itu, ia menjadi acara mercu tanda bagi pembangunan esukan negara sekaligus mengiktiraf pembangunan sukan ini di Malaysia.

Pengiktirafan tersebut merupakan hasil daripada penyertaan langsung KBS dalam menggerakkan ekosistemnya sejak tahun 2019.

Artikel lain: Kumpulkan Pemain Dan Peminat, Malaysia Bakal Anjurkan Anugerah E-Sukan Pertama

Dalam majlis tersebut, Adam Adli mengucapkan tahniah kepada pasukan HomeBois dan Team SMG kerana berjaya menempatkan diri ke Kejohanan M5.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ucapan tahniah ini bukan hanya untuk para atlet sahaja, malah tahniah juga diucapkan kepada atlet sahaja, malah tahniah juga diucapkan kepada seluruh pasukan tersebut termasuklah jurulatih dan pengurus yang telah merangka strategi yang ampuh.
“Tidak dilupakan para penyokong yang tidak jemu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dalam membantu kedua-dua pasukan untuk terus melakukan yang terbaik.
“Tunjukkan kepada dunia semangat juang dan kemampuan anak Malaysia!” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau juga berkata KBS dan ESI komited dalam meningkatkan lagi kerjasama dengan penerbit permainan seperti Moonton Games untuk memangkin ekosistem esukan yang rancak dan mampan di Malaysia.

Foto: Sinar FM

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Moonton Games, Fikri Rizal Mahrudin yang menyatakan tanpa sokongan daripada semua pihak, mereka tidak akan sampai sejauh ini.

“Tahun ini, dalam Sukan SEA ke-32 dan acara-acara ekosistem pihak ketiga lain, Malaysia telah berjaya membawa pulang pingat.
“Pada tahun 2024, kita ingin membuka lebih banyak peluang bagi rakan-rakan dan penggiat ekosistem, untuk bekerjasama dengan kami dalam mengangkat industri esukan mudah alih.
“Kami mempunyai pelbagai rancangan menarik pada tahun 2024 dan kami berharap lebih ramai akan menyertai usaha kami untuk menjadi yang terbaik,” kongsinya.

Team SMG dan HomeBois akan bersaing menentang 14 pasukan antarabangsa lain bagi mendapatkan sebahagian besar hadiah wang tunai sebanyak USD 900,000 (RM4,205,250.00) serta merangkul gelaran pasukan MLBB terbaik dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Tular dengan kontroversi hubungan terlarang, pasangan yang digelar sebagai ‘Abang Wiring’ dan ‘Cikgu Fadilah’ akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan zina di Mahkamah...

Lokal

Seorang guru sekolah dan lelaki dikenali sebagai ‘abang wiring’ mengaku bersalah atas kesalahan cuba melakukan zina, dalam satu prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd