Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Helikopter TLDM Terhempas Selepas Raptai Kali Ketiga – Khaled Nordin

Helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas ketika menjalani raptai buat kali yang ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM.

Menerusi laporan Bernama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa insiden melibatkan dua buah helikopter sekali gus meragut 10 nyawa anggota TLDM itu dilaporkan sedang menjalani raptai kali ketiga di pangkalan Lumut, Perak, hari ini.

Foto: FMT

Mohamed Khaled berkata, Lembaga Siasatan ditubuhkan oleh pihak TLDM untuk mengenal pasti punca terjadinya insiden terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berharap orang ramai tidak tularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti dan menghormati keluarga mangsa dan tidak mengganggu proses siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan di Kem Kementah, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyeru orang ramai supaya menghentikan penyebaran video nahas berkenaan demi menghormati keluarga dan proses siasatan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memaklumkan bahawa beberapa identiti mangsa telah dikenal pasti, antaranya adalah individu berusia di bawah 40 tahun dan mayat mereka telah dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut untuk tindakan lanjut.

Foto: Harian Metro

Pada masa kini, keluarga mangsa dikatakan telah diberitahu tentang insiden terbabit dan pihak beliau akan mengatur pergerakan mereka yang berada di Pangkalan TUDM, Kota Kinabalu untuk dibawa ke Lumut bagi proses lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan saya sendiri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dengan perasaan dukacita kejadian ini berlaku semasa latihan raptai untuk persiapan acara berkenaan,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, insiden berkenaan tidak melibatkan mangsa raptai lain memandangkan nahas tersebut berlaku di kawasan kolam renang dan padang stadium yang kosong.

Sumber: Bernama

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd