Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

GSF: Anak Muda Malaysia, Haroqs Titip Pesan Buat Ibu Bapa – “Halalkan Segalanya”

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan.

Keberaniannya menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF) dianggap sebagai jawapan kepada doa yang dipanjatkannya sekian lama, iaitu peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin.

haroqs

Namun, awal pagi tadi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita penahanan aktivis di tengah perairan antarabangsa.

Artikel lain: “Terus Mara!” -Nadir Al-Nuri Tegaskan 30 Kapal GSF Masih Berlayar Ke Destinasi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun begitu, menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya @haroqs, anak muda ini masih optimis meneruskan perjalanan ke Gaza.

“Update dari kami 4:41 pagi, teruskan berdoa! Kami perlukan doa kalian!! Enam jam lagi nak sampai ke bumi Gaza,” tulisnya.

haroqs

Dalam masa getir itu, Haroqs turut berkongsi tangkapan skrin perbualan bersama kedua ibu bapanya melalui Instagram Story. Dalam mesejnya kepada si ayah, Haroqs dilihat penuh rendah diri memohon doa dan restu.

“Salam pa, tak lama lagi adik dah nak berhadapan dengan tentera diorang ni, doakan baik-baik sahaja. Adik sayang pa, jaga diri baik-baik. Maafkan salah silap adik dan halalkan segalanya,” katanya.

Bapanya pula membalas dengan penuh ketenangan dan reda.

“Waalaikumsalam, pa doakan adik selamat dekat sana. Jaga diri juga. Pa dah maafkan dan halalkan semuanya.” balas bapanya.

haroqs

Perbualan itu cukup menyentuh hati, memperlihatkan kasih seorang ayah yang meredakan pemergian anaknya demi perjuangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam mesej bersama ibunya pula, jelas tergambar doa dan kasih seorang ibu yang tidak pernah putus.

“Adik, mama baru nak tidur. Harap semuanya baik-baik sahaja. Ingat, mama sayang adik,” tulis ibunya.

Balasan Haroqs pula cukup mengharukan,

“Baik mama, adik sayang mama jugak. Mama rehat okay. InsyaAllah ada berita gembira pagi esok untuk mama.” balasnya.

haroqs

Perjalanan Haroqs ini bukan sekadar sebuah misi kemanusiaan, tetapi simbol keberanian anak muda Malaysia yang sanggup mengorbankan keselesaan demi perjuangan rakyat Palestin.

Pada usia semuda itu, langkahnya menyertai flotilla jelas membuktikan bahawa generasi muda juga mampu berdiri di barisan hadapan menentang kezaliman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi perjalanan Haroqs dan rakan seperjuangan lain agar selamat tiba ke Gaza serta terus diberikan kekuatan dalam usaha murni mereka.

Sumber: Instagram @haroqs

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah insiden melibatkan treler yang melanggar sebuah kereta di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh baru-baru ini menjadi tular, menimbulkan pelbagai spekulasi dan pandangan...

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa esok. Pelantikan itu diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd