Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Harimau Malaya Sedia Hadapi Tekanan Berdepan Singapura Di Piala Asean

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui Singapura mempunyai kelebihan menjelang perlawanan terakhir Kumpulan A Piala AFF 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

harimau malaya

Foto: Facebook Football Association Malaysia

Menurut laporan Kosmo! Online, skuad Harimau Malaya kini berada dalam situasi yang mencabar kerana pasukan itu memerlukan tiga mata berbanding skuad The Lion hanya mahukan satu mata bagi melayakkan diri ke separuh akhir

harimau malaya

Foto: Facebook Football Association Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun begitu, Vicente tetap mengingatkan agar pasukannya kekal beraksi tanpa sebarang tekanan untuk untuk meneruskan tradisi melayakkan diri ke separuh akhir buat kali keempat berturut-turut.

“Saya jangka ini perlawanan yang sengit dan saya pasti sukar untuk kita mendapatkan kemenangan apatah lagi dengan jurang mata yang besar.
“Kita tahu pasukan Singapura agak keletihan (selepas perlawanan menentang Thailand), tetapi kelebihan masih memihak kepada mereka ketika ini apabila hanya perlukan keputusan seri.

Artikel lain: Pau Vicente Persoal Tindakan FAM Umum Jurulatih Baharu Ketika Kempen Piala AFF

“Jadi kita perlu mengambil risiko dan memberikan segalanya kerana kita wajib menang ke atas Singapura.”
“Kami menantikan perlawanan dan harap kehadiran ribuan penyokong dapat membantu kita dalam misi ke separuh akhir Piala Asean 2024,” kata Vicente semasa sidang media pra perlawanan di SNBJ.

harimau malaya

Foto: Facebook Football Association Malaysia

Dalam pada itu, kapten Malaysia, Dominic Tan berharap agar semua pemain memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan dan menggunakan segala kelebihan yang terhidang dengan sebaik yang mungkin

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah perlawanan penentuan yang cukup getir buat pemain tetapi kita ada kelebihan bermain di laman sendiri.
“Saya harap barisan pemain dapat berikan aksi yang profesional dan berusaha untuk mencari kemenangan,” ujar pemain pertahanan Sabah FC itu.

Sumber: Kosmo! Online (Muhamad Ardie Putra Suhaimi)

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Sosial

Seorang wanita hamil yang dikenali sebagai @Harma Haris di Facebook menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman peritnya disahkan positif Influenza A. Demam influenza A...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd