Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Halang Tugas Polis, Inspektor Sheila Mengaku Tidak Bersalah

Pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur pada 4 November lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, berdasarkan pertuduhan, pemilik nama Sheila Sharon Steven Kumar, 37, itu didakwa menghalang tugas Lans Koperal Malvinderjit Singh Teerath Singh, 37, yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultan Azlan Shah, Dang Wangi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh, mencadangkan agar tertuduh dikenakan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin. Namun begitu, peguam Sheila iaitu M Manoharan membantah permohonan pendakwaan dengan alasan kadar itu terlalu tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

M Manoharan berkata, bapa Sheila yang merupakan pesara polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) hadir ke mahkamah untuk menjamin selain perlu menanggung tujuh orang anak sekali gus menyifatkan jumlah jaminan yang tinggi akan membebankan keluarga.

“Buat masa ini, dia mempunyai tiga kes lain di Mahkamah Sesyen di sini dan Selayang, malah Sheila sentiasa hadir dalam prosiding kes berkenaan sejak 2023 lalu,” katanya.

Selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak, Majistret Aina Azahra membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,600 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 20 Januari tahun hadapan.

Terdahulu, tular video memaparkan wanita itu mendakwa anggota polis tersebut mengugut seorang warga Pakistan yang menunggang motosikal tanpa lesen.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Amilin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd