Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Perkukuh Status Hab Pertahanan Serantau Melalui LIMA’25 – Khaled

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang akan membuka tirainya esok disifatkan sebagai antara edisi terbesar dalam sejarah penganjurannya, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab strategik pertahanan dan aeroangkasa serantau.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, segala persiapan akhir berjalan lancar dan pihaknya berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan penganjur serta peserta yang terlibat.

Perkukuh status hab pertahanan serantau melalui LIMA’25

LIMA’25

Foto: TUDM

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan persiapan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL) hari ini.

LIMA’25 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dengan kerjasama Global Exhibitions and Conferences (GEC) Sdn Bhd menyaksikan penyertaan sebanyak 860 pempamer dari 24 negara, termasuk 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan.

Ia merupakan peningkatan ketara berbanding edisi terdahulu, sekali gus mencerminkan keyakinan dunia terhadap ekosistem pertahanan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, seramai 140 delegasi dari 46 negara turut hadir termasuk menteri pertahanan, timbalan menteri, ketua perkhidmatan ketenteraan serta pegawai kanan kerajaan dan keselamatan.

LIMA’25

Foto: TUDM

LIMA’25 turut menampilkan pelbagai pertunjukan udara dan maritim yang dijangka menjadi tarikan utama pengunjung.

Sebanyak 57 pesawat termasuk pasukan aerobatik Russian Knights dari Rusia dan Jupiter dari Indonesia akan membuat persembahan udara selain 43 aset udara statik turut dipamerkan, manakala segmen maritim pula melibatkan 32 buah kapal dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut menekankan bahawa LIMA bukan sekadar platform pameran, tetapi menjadi medan penting untuk pemeterian memorandum persefahaman (MoU) yang akan membuka ruang kerjasama dalam pembangunan teknologi, penyelidikan dan pemindahan kepakaran ke arah memperkukuh industri pertahanan tempatan.

Artikel lain: Bot TLDM Hilang Kawalan, Rempuh Bot Pelancong Ketika Latihan LIMA’25

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, antara bidang yang diberi tumpuan adalah pembangunan satelit pertahanan, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam aspek keselamatan, serta penubuhan Pusat Kecemerlangan Penerbangan.

LIMA’25

Foto: TUDM

Edisi kali ini turut menyaksikan pelancaran produk baharu keluaran tempatan iaitu kenderaan perisai 4×4.

“LIMA juga menjadi pasaran terbuka antarabangsa bagi produk pertahanan buatan tempatan dan platform penting untuk pertemuan diplomatik. Saya sendiri akan mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari negara-negara seperti Turkiye, Afrika Selatan, Maldives dan India,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sejak penganjuran pertamanya pada 1991, LIMA telah berkembang sebagai antara pameran pertahanan terpenting di Asia Tenggara, bukan sahaja dalam memperlihatkan keupayaan aset tetapi sebagai medium kerjasama serantau dan global dalam sektor maritim dan aeroangkasa.

Untuk makluman, LIMA’25 dijadual berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 di Langkawi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd