Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Perjalanan Pulang Berakhir Tragedi, Guru Besar Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

Perjalanan pulang seorang guru selepas melawat abangnya berakhir dengan tragedi apabila beliau maut dalam kemalangan di jalan utama berhamiran Sekolah Kebangsaan (SK) Guai, di sini petang Selasa.

Kereta dipandu guru besar hilang kawalan

guru

Foto: FB Info-info semasa

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Mohd Sabri Bakar, 59, yang bertugas sebagai Guru Besar di SK Durian Hijau, Jerantut, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel lain: Kemalangan Dua Kenderaan, Polis Wanita Maut Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Bertugas

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa dari arah Jambatan Guai menuju ke Kampung Guai.

guru

Foto: Sinar Harian

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbakar sehingga 80 peratus.
“Mangsa sempat dikeluarkan oleh orang awam namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
guru

Foto: Sinar Harian

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kenderaan terbabit akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan, manakala proses bedah siasat dijadualkan pada Rabu di Hospital Bera.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 pada 8 Februari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan berkenaan bertujuan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd