Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Google Bakal Labur RM9.4 Bilion, Buka Pusat Data Dan Google Cloud Pertama Di Malaysia

Google menyatakan komitmen untuk melabur RM9.4 bilion (AS$2 bilion) untuk mewujudkan pusat data pertama dan wilayah Google Cloud di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan komitmen pelaburan baharu Google itu dijangka menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor di Malaysia termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (AS$3.2 bilion).

Foto: Google

Wilayah Google Cloud di Malaysia akan menyertai 40 wilayah dan 121 zon yang kini beroperasi di seluruh dunia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan di peringkat tempatan dan global, selain program celik AI (kecerdasan buatan) untuk pelajar serta pendidik Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Komitmen terbaharu oleh sebuah lagi gergasi teknologi global di Malaysia ini menjadi pencapaian penting dalam visi kerajaan MADANI untuk menarik lebih ramai pelabur digital bagi membantu membina ekonomi yang dipacu pendigitalan yang kukuh dan selamat.
“Peningkatan kapasiti dan kebolehpercayaan pada perkhidmatan awan akan menyokong pelbagai sektor termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan untuk mewujudkan dunia yang lebih terhubung dan berdaya tahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: Google

Dalam pada itu, pelaburan ini diharapkan menarik lebih banyak pelaburan, merangsang inovasi, dan mempercepat transformasi digital Malaysia, mendukung visi MADANI untuk kemakmuran dan kemajuan teknologi negara.

Untuk makluman, pengumuman MITI susulan komitmen terbaharu Google itu dibuat selepas beberapa siri libat urus kementerian itu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan yang juga Ketua Pegawai Kewangan Alphabet dan Google, Ruth Porat.

Memorandum Persefahaman turut ditandatangani antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Google pada 14 November 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd