Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Selepas 10 Tahun, Mangsa Gempa Bumi Gunung Kinabalu Kembali Tawan Puncak Tertinggi Asia

Setelah 10 tahun berlalu, dua bekas murid sekolah dari Singapura yang pernah menjadi mangsa tragedi gempa bumi Gunung Kinabalu kembali semula untuk menawan puncak gunung tersebut.

Mangsa gempa bumi kembali tawan puncak Kinabalu

Mangsa gempa bumi kembali tawan puncak Kinabalu

Emyr Uzayr Mohamed Sadri dan Prajesh Dhiman Patel, merupakan mangsa yang terselamat daripada insiden bencana alam tersebut dan mahu menamatkan pendakian tertunda sekali gus memberikan penghormatan kepada rakan-rakan dan guru yang terkorban.

Menerusi perkongsian di Instagram Amazing Borneo Tours, insiden itu melibatkan beberapa kumpulan terdiri daripada 29 murid dan lapan guru yang sedang mendaki melalui laluan via ferrata.

Pendakian itu juga turut ditemani oleh seorang malim gunung dari Taman Kinabalu iaitu Cornelius yang juga merupakana orang pening dalam misi menyelamat semasa kejadian 10 tahun yang lalu itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa gempa bumi kembali tawan puncak Kinabalu

“Saya masih ingat dia (Prajesh) pakai rantai leher warna kuning. Mungkin dia masih simpan lagi, saya rasa itu rantai bertuah dia,” kata Cornelius, baru-baru ini.

Menurut Emyr, pendakian yang dilakukan pada 20 Mei  itu bukan sahaja merupakan kejayaan peribadi tetapi juga merupakan salah satu inisiatif bagi memperingati ulang tahun ke-10 tragedi itu.

Mangsa gempa bumi kembali tawan puncak Kinabalu

“Kami tak kesampaian capai puncak masa itu. Sehari sebelum sampai, gempa berlaku. Jadi kali ini, kami nak habiskan apa yang sudah kami mulakan dan ini untuk kawan-kawan kami yang sudah tiada meninggalkan kita semua.
“Kawan-kawan saya yang dah tiada, mereka merupakan yang terbaik antara kami. Sangat suci, sangat matang dan tabah,” jelas Emyr.

Sementara itu menurut Prajesh, kejadian itu masih segar dalam ingatannya dan peristiwa hitam tersebut tidak mungkin dapat dilupakan oleh dirinya.

Mangsa gempa bumi kembali tawan puncak Kinabalu

“Jadi saya datang semula untuk capai impian itu selain sebagai penghormatan untuk rakan dan guru yang tak tercapai hasrat sama.
“Kami seperti satu keluarga. Saya nak orang tahu betapa baik dan indahnya jiwa mereka,” kata Prajesh.

Artikel lain: Terkorban Akibat Gempa Bumi Sabah, Kakak Selesaikan Misi Mendiang Adik Tawan Gunung Kinabalu

Sehubungan itu, pendakian yang dilalui oleh mereka bukan sekadar memerlukan kekuatan fizikal malah turut mencabar kekuatan emosi kerana berdepan dengan trauma kejadian kehilangan orang yang paling rapat akibat bencana alam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod pada 5 Jun 2015, satu gempa bumi gempa bumi bermagnitud 6.0 telah melanda sekitar Ranau, Sabah dilaporkan meragut 18 nyawa, termasuk enam murid dan dua guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong, Singapura.

Sumber: Instagram Amazing Borneo

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Rakaman aktiviti membeli-belah di Mydin oleh pengguna TikTok @lifewith5rose menjadi tular selepas aksi suami kepada wanita itu menarik perhatian ramai. Dalam video berkenaan, si...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd