Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mahkamah Persekutuan Perintah Public Bank Bayar Ganti Rugi RM90 Juta Kepada NFCorp

Public Bank Bhd (Public Bank) diperintah untuk membayar ganti rugi RM90 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) dan empat yang lain oleh Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu diputuskan oleh tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dalam prosiding taksiran ganti rugi.

Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Ganti rugi RM90 juta

Public Bank gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan empat pihak lain meneruskan saman berjumlah RM560 juta terhadap bank tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Panel Mahkamah Persekutuan pada 26 Mei lalu menolak rayuan yang difailkan Public Bank berhubung dakwaan kebocoran maklumat sulit akaun bank milik NFCorp dan pihak terlibat.

Artikel lain: Lambang Komitmen Negara Anggota, PETRA Anjur Mesyuarat SOME ASEAN Ke-43

Ganti rugi RM90 juta

Keputusan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membenarkan saman berkenaan untuk diteruskan.

Ia juga membenarkan rayuan NFCorp berhubung ganti rugi nominal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain NFCorp, empat yang lain ialah Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohamad Salleh Ismail serta tiga anak syarikat iaitu National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohd Ali)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera yang lebih kering serta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd