Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ganggu Ucapan Azam Baki Di PWTC, Tiga Aktivis Direman 3 Hari

Tiga aktivis direman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas didakwa mengganggu ucapan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam satu majlis di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC), semalam.

Siasatan sedang dibuat

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Fadil Marsus memaklumkan perintah reman terhadap ketiga-tiga individu terbabit bermula hari ini selepas mereka ditahan atas beberapa kesalahan termasuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas, melakukan hasutan, ugutan serta menceroboh.

“Siasatan masih dibuat dan permohonan reman sudah dibuat terhadap tiga individu berkenaan.
“Kita cuba melengkapkan siasatan segera dan kita akan rujuk kepada perundangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tindakan tak wajar

Insiden tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.45 petang ketika Azam sedang menyampaikan ucapan pembukaan Wacana Ilmiah Perdana yang turut disertai beberapa panel jemputan.

Dua lelaki dilihat berjalan ke arah pentas sambil mengangkat sepanduk dan menjerit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan sama, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar walaupun kebebasan bersuara perlu dihormati.

“Dalam sebuah negara yang menjunjung prinsip demokrasi, kebebasan bersuara sememangnya hak yang perlu dihormati. Namun, kebebasan itu bukan lesen untuk bertindak biadab, mencetuskan provokasi, atau mengganggu ketenteraman awam.
“Tindakan mengangkat plakad dan mencetuskan gangguan ketika program rasmi bukanlah satu bentuk advokasi yang matang, sebaliknya mencerminkan kegagalan memahami batas antara kebebasan dan tanggungjawab,” katanya.

Malaysia punyai saluran sah

Menurutnya, Malaysia mempunyai saluran sah untuk menyuarakan pandangan dan tindakan pihak berkuasa menahan individu terbabit adalah selaras dengan undang-undang sedia ada.

MCW berpendirian bahawa tindakan pihak berkuasa menahan dan menahan reman individu terbabit adalah selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk kesalahan berkaitan gangguan terhadap penjawat awam dan ketenteraman awam.
“Ini bukan soal menutup suara tetapi memastikan disiplin sosial dan kedaulatan undang-undang terus dipelihara.
“Pada masa yang sama, MCW mengingatkan semua pihak bahawa perjuangan menentang rasuah memerlukan integriti, kebijaksanaan dan disiplin bukan emosi melulu atau tindakan populis. Jika benar ingin memperjuangkan integriti, maka pendekatan juga mesti berintegriti,” katanya.

Beliau turut menegaskan perjuangan antirasuah tidak seharusnya dicemari dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan kredibiliti usaha tersebut.

“Negara memerlukan reformis yang beradab bukan provokator jalanan yang merosakkan kredibiliti perjuangan itu sendiri,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu detik penuh bermakna berlaku di Masjid Jamek Pasir Pelangi, Johor Bahru apabila individu didakwa sebagai staf kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Lokal

Kerajaan Pahang akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) selama dua hari seminggu secara giliran bagi semua penjawat awam negeri, berkuat kuasa mulai minggu...

Nasional

Krisis tenaga global yang semakin meruncing kini memberi tekanan ketara kepada pasaran domestik, susulan lonjakan mendadak harga minyak diproses, khususnya diesel yang mencecah paras...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd