Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Gagal Lindungi Maklumat Pelanggan, Bank Rakyat Didenda RM1 Juta

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan maklumat pelanggan dan keselamatan siber pada 20 Januari 2026, lapor Bernama.

Bank pusat itu berkata Bank Rakyat gagal melaksanakan piawaian keselamatan siber yang kukuh seperti yang dikehendaki di bawah dokumen dasar pengurusan risiko dalam teknologi (RMiT PD).

Foto: Bernama

Katanya, Bank Rakyat juga gagal melindungi maklumat pelanggan menerusi kawalan yang mencukupi seperti yang dikehendaki di bawah dokumen dasar pengurusan maklumat pelanggan dan pendedahan yang dibenarkan (MCIPD PD).

“BNM mendapati bahawa Bank Rakyat telah melanggar beberapa keperluan di bawah RMiT PD dan MCIPD PD, berikutan insiden keselamatan siber yang melibatkan ancaman luar dan pelaku mendapat akses tanpa kebenaran terhadap infrastruktur teknologi maklumatnya. 
“Pelanggaran itu berlaku disebabkan oleh kawalan keselamatan siber dan tindak balas insiden yang tidak mencukupi,” katanya di laman webnya.

Menurut BNM, Bank Rakyat telah mengambil langkah pemulihan bagi memperkukuh keselamatan siber serta kawalan, sumber dan pengaturan tadbir urus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Foto: Bernama

Bank pusat itu berkata ketika membuat keputusan mengenai AMP tersebut, segala faktor berkaitan telah diambil kira dan dipertimbangkan.

“Ini termasuk tahap keterukan pelanggaran dan kekurangan keprihatinan munasabah Bank Rakyat dalam memastikan pematuhan dengan keperluan RMiT PD dan MCIPD PD, kawalan semasa bagi memastikan pematuhan dengan keperluan, rekod pematuhan lalu, dan tingkah laku pasca salah laku serta keberkesanan tindakan pemulihan untuk mencegah ketidakpatuhan daripada berulang lagi,” ujarnya.

Bank Rakyat telah membayar sebanyak RM1 juta bagi AMP itu pada 26 Januari 2026 lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

BNM berkata pihaknya mewajibkan semua institusi kewangan (FI) untuk mematuhi RMiT PD dan MCIPD PD.

“BNM tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyeliaan yang sewajarnya sekiranya terdapat mana-mana institusi kewangan yang gagal memenuhi keperluan undang-undang dan/atau kawal selia.  
“Tindakan penguatkuasaan yang diambil ke atas Bank Rakyat adalah selaras dengan pendekatan dan proses yang ditetapkan dalam Pendekatan Penguatkuasaan yang diterbitkan oleh BNM,” kata bank pusat itu.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd