Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Kontroversi La Luna, Dipilih Wakili Singapura Ke Oscars 2025

Filem komedi, La luna karya pengarah Singapura, M. Raihan Halim telah dipilih untuk mewakili republik itu bagi kategori Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-97 pada 2025.
Memetik laporan Media Hiburan, Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) dalam satu kenyataan berkata, penerbitan bersama Singapura-Malaysia itu dipilih oleh jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Penasihat Suruhanjaya Filem Singapura (SFC).
Foto: TVS

Menariknya La Luna merupakan filem berbahasa Melayu dan dibintangi oleh pelakon-pelakon asal Malaysia dan Singapura seperti Sharifah Amani, Shaheizy Sam, Wan Hanafi Su, Nadiya Nisaa dan Hisyam Hamid.

“Saya merasa rendah diri, kagum dan berbesar hati untuk mewakili Singapura dengan filem kecil kami, La Luna. Saya dan pasukan saya benar-benar terharu!,” kata M. Raihan.

Foto: Media Hiburan

Filem itu diterbitkan oleh Clover Films dan Papahan Films, kedua-duanya merupakan syarikat penerbitan Singapura, dengan kerjasama ACT 2 Pictures serta One Cool Film Malaysia.

Filem tersebut membuat tayangan perdana dunia di Festival Filem Antarabangsa Tokyo yang diiktiraf FIAPF di bawah seksyen Masa Depan Asia, dan mengambil bahagian di Festival Filem Asia Jogja-Netpac tahun lepas.

Malah, La Luna dipilih sebagai filem penutup di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam dan ditayangkan di bahagian Panorama Antarabangsa Festival Filem Antarabangsa Shanghai awal tahun ini.

Foto: Media Hiburan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon utama, Sharifah Amani dan Shaheizy Sam turut menyatakan rasa bangga dan teruja mereka apabila karya lakonan mereka bakal dipertandingkan di anugerah berprestij antarabangsa seperti Oscar.

“Ini seperti impian setiap pelakon untuk menjadi sebahagian daripada acara anugerah paling berprestij di dunia, saya amat bersyukur,” ujar Shaheizy.

Manakala, Sharifah Amani yang memegang watak sebagai Hanie Abdullah pula berterima kasih kepada Singapura kerana menerima filem tersebut dengan baik.

“Menjadi Hanie Abdullah dalam La Luna merupakan pengalaman yang sangat peribadi bagi saya, dan kini, melihatnya diiktiraf oleh Singapura sebagai pemilihan rasmi mereka untuk Oscar adalah sesuatu yang mengagumkan,” kata Sharifah Amani. 
“La Luna merupakan karya seni yang lahir daripada semangat dan kerja keras semua orang yang terlibat. Saya sangat berterima kasih kepada pasukan yang luar biasa di belakang La Luna, kepada Singapura kerana menerima cerita ini dan kepada setiap penonton yang sedikit sebanyak melihat diri mereka dalam filem ini.
“Pengiktirafan ini adalah untuk kita semua yang percaya kepada kuasa penceritaan untuk merapatkan jurang. Saya benar-benar bersyukur dan teruja dengan apa yang akan datang,” ujarnya.

Foto: Lemon8

La Luna mengisahkan tentang Hanie yang pulang ke kampung dan membuka kedai pakaian dalam wanita sekali gus mengundang pelbagai polemik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, filem berkenaan hangat diperdebatkan di media sosial setelah didakwa mempunyai unsur liberal dan soft porn.

Sumber: Media Hiburan (Fiezreen)

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd