Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Rayuan Ditolak! FIFA Arah FAM Dedah Dalang Isu Pemalsuan Dokumentasi 7 Pemain Warisan

FIFA Arah FAM Dedah Dalang

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan dua siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu pentadbiran sekretariat serta pemalsuan dokumen tujuh pemain negara yang sebelum ini digantung badan induk bola sepak dunia itu.

Arahan tersebut dimaklumkan menerusi motivated decision setebal 64 muka surat yang dikeluarkan Jawatankuasa Rayuan FIFA, susulan keputusan mengekalkan hukuman terhadap pemain terbabit.

Berdasarkan dokumen itu, FIFA menekankan keperluan siasatan rasmi bagi mengenal pasti kelemahan tatakelola dalaman melibatkan proses pengurusan, pematuhan dan pengesahan maklumat pemain.

FIFA Arah FAM Dedah Dalang Isu Pemalsuan Dokumentasi

Menurut alasan bertulis tersebut, FIFA berkata pihak sekretariat perlu segera memulakan siasatan formal terhadap operasi dalaman FAM.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sehubungan itu, Jawatankuasa mengarahkan Sekretariat untuk mengambil langkah segera bagi melancarkan satu siasatan formal terhadap operasi dalaman FAM,”menurut kenyataan.

FIFA turut menjelaskan tujuan siasatan adalah untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam pemalsuan maklumat pemain serta menilai semula keberkesanan sistem pematuhan dan tatakelola organisasi.

Siasatan ini bertujuan mengenal pasti individu yang bertanggungjawab memalsukan dokumen; menilai kecukupan dan keberkesanan mekanisme pematuhan serta tadbir urus dalaman FAM; serta menentukan sama ada tindakan tatatertib tambahan perlu dikenakan terhadap pegawai-pegawai FAM,”jelasnya.

Dokumen sama turut menyebut bahawa siasatan perlu menumpukan fokus awal terhadap tiga individu yang dinamakan dalam prosiding.

Sebagai fokus awal, siasatan tersebut mesti meneliti peranan Setiausaha Agung FAM dan dua ejen berlesen FIFA yang dinamakan dalam prosiding ini: Encik Nicolás Puppo dan Encik Frederico Moraes.
“Penglibatan mereka menimbulkan keraguan serius yang wajar disiasat secara menyeluruh,”jelasnya lagi.

Selain itu, FIFA mengarahkan siasatan tambahan melibatkan penggunaan pemain tidak layak dalam tiga perlawanan persahabatan antarabangsa.

Selari dengan itu, Jawatankuasa turut mengarahkan Sekretariat untuk memulakan satu siasatan berasingan berhubung penggunaan pemain tidak layak dalam tiga perlawanan persahabatan yang dirujuk dalam prosiding ini.

Artikel lain: Isu Dokumentasi: TMJ Tak Setuju Setiausaha FAM Digantung Tugas -“Bukan Masa Nak Salahkan Sesiapa..”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut kenyataan, siasatan berkenaan hendaklah menentukan keadaan yang membolehkan beberapa Pemain terlibat serta sama ada hukuman tambahan perlu dikenakan.

Sebelum ini, FAM memaklumkan pihaknya memohon alasan bertulis penuh bagi merujuk semula keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA yang mengekalkan penggantungan ke atas tujuh pemain terbabit.

Susulan keputusan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (anggaran RM1.9 juta), manakala tujuh pemain iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irarzabal dan Hector Hevel masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (anggaran RM10,000) serta digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

Sumber: FIFA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Sosial

Selepas mencuri tumpuan ramai dengan keputusan 11A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fakhrul Iman Zainudin, 18, meminta orang ramai agar turut meraikan kejayaan rakan-rakannya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd