Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Air Liur Hilang, Semangat Tak Padam! Fatini Alya Bangkit Lawan Kanser, Genggam Ijazah

Fatini Alya Bangkit Lawan Kanser

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM), Fatini Alya Baharudin, membuktikan kesungguhan dan semangat tidak pernah luntur apabila berjaya menamatkan pengajian walaupun kehilangan kelenjar air liur akibat penyakit kanser.

Pada Majlis Konvokesyen Ke-38 UUM, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, menyebut namanya di hadapan ribuan tetamu dan mengajak seluruh dewan memberikan tepukan semangat sebagai tanda sokongan kepada graduan berusia 24 tahun itu.

Fatini disahkan menghidap kanser kelenjar air liur sejak tahun 2021 sehingga menyebabkan kelenjar air liurnya tidak lagi berfungsi.

Keadaan itu menyebabkan dirinya sukar makan dan menelan, namun dia tetap meneruskan pengajian tanpa pernah berputus asa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sangat gembira sebab berjaya sampai ke tahap ini walaupun ada banyak dugaan, terutama pada awal semester,” katanya sebak.

Fatini Alya Bangkit Lawan Kanser

Anak bongsu daripada tiga beradik itu disahkan menghidap kanser ketika negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disaat orang lain berjuang melindungi diri daripada jangkitan virus.

Sepanjang tempoh rawatan di Hospital Pulau Pinang, gadis kuat ini menjalani enam sesi kemoterapi dan 30 pusingan radioterapi.

Walaupun keadaan kesihatannya tidak menentu, Fatini tetap membawa buku ke mana-mana dan meneruskan pembelajaran dalam keadaan lemah serta perit menahan kesakitan.

“Saya selalu bawa buku ke mana-mana. Kadang-kadang belajar sambil menahan sakit, tapi saya tak nak berhenti,” katanya.

Beliau berkata, keluarganya turut menjadi sumber kekuatan apabila sanggup menyewa rumah berhampiran hospital bagi menemaninya sepanjang rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun bapanya seorang tukang gunting rambut, manakala ibu suri rumah, namun mereka tidak pernah berhenti berdoa dan memberikan dorongan untuk terus kuat dan berjuang.

“Kami hanya mampu berdoa waktu dia sakit. Balik rawatan, dia masih buka buku.
“Kadang-kadang kami pula yang menangis tengok semangat dia,” kata ibunya.

Sementara itu, bapa Fatini meluahkan rasa syukur dan bangga melihat anaknya berjaya menaiki pentas menerima ijazah.

“Saya cuma tukang gunting rambut biasa tapi hari ini rasa macam ayah paling bertuah di dunia.
“Tengok dia naik pentas, semua penat dulu hilang,” katanya.

Fatini menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.59 dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah paling bermakna buat ibu bapanya yang sentiasa berada di sisi sepanjang perjuangannya.

“Setiap kali keputusan keluar, mereka menangis gembira.
“Saya bukan pelajar terbaik tapi bagi mereka, saya tetap hebat sebab berjaya sampai ke tahap ini,” ujarnya.

Artikel lain: Pre-convo Di Tengah Bukit Bintang, Graduan Kena Hon Cetus Pelbagai Reaksi

Dikesempatan itu, Fatini turut menitipkan pesanan kepada mereka yang sedang melalui ujian hidup supaya terus kuat dan percaya pada ketentuan Ilahi.

“Jangan putus asa. Sakit bukan alasan untuk berhenti berjuang. Percaya pada doa, pada kasih keluarga dan pada diri sendiri,”titipnya.

Kini, meskipun hidupnya tidak lagi sama tanpa kelenjar air liur, Fatini tetap bersyukur dan percaya bahawa setiap kehilangan membawa hikmah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi dirinya, Tuhan tidak pernah mengambil sesuatu tanpa menggantikannya dengan kekuatan baharu.

Sumber: FB Universiti Utara Malaysia (Zulaidah Mat Said), Kredit Foto Sham & Hairul JKK

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd