Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Terkenal Dengan Tubuh Sasa, Tular Gambar ‘The Rock’ Kelihatan Kurus

Dwayne The Rock Johnson mengejutkan peminat apabila hadir dengan penampilan lebih kurus daripada kebiasaannya.

The Rock kurus demi watak baharu

Menurut laporan Stuff, Bintang berusia 53 tahun itu, yang selama ini terkenal dengan tubuh sasa dan berketul, kelihatan jauh lebih ramping ketika muncul di Festival Filem Venice bagi mempromosikan karya terbarunya, The Smashing Machine.

the rock

Foto: X @PageSix

Memegang watak bekas juara UFC, Mark Kerr, Johnson tampil kemas dengan kemeja biru, seluar hitam dan berkaca mata.

Artikel lain: Peminat Terkejut, The Rock Lancar Produk Penjagaan Rambut Walaupun Botak?

Namun, apa yang paling mencuri tumpuan bukanlah pakaiannya, tetapi perubahan ketara pada fizikalnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto yang tular memaparkan tubuhnya lebih susut segera mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

the rock

Foto: X @PageSix

Ada yang bergurau menyebut “The Rock sudah jadi Pebble”, ada pula yang merasakan gambar itu kelihatan seperti hasil kecerdasan buatan (AI).

Tidak kurang juga yang meragui kesahihannya kerana beberapa bulan lalu Johnson masih tampil dengan badan berotot dalam rancangan gusti RAW.

Johnson bagaimanapun menjelaskan, penurunan berat badan itu adalah plihan yang dibuat sendiri bagi menjiwai watak dalam The Smashing Machine.

the rock

Foto: X @PageSix

“Transformasi ini adalah sesuatu yang saya benar-benar mahukan,”
“Sepanjang kerjaya saya, saya sudah diberi banyak peluang besar, tetapi ada suara kecil dalam diri saya yang berkata, bagaimana kalau saya boleh lakukan lebih banyak lagi dan bagaimana rupanya itu?,”  katanya.

Keputusan beraninya itu ternyata berbaloi apabila filem berkenaan mendapat tepukan gemuruh selama 15 minit di Festival Filem Venice, membuatkan Johnson sebak sehingga mengesat air mata di hadapan penonton.

Sumber: Stuff 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Indonesia kini diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia, menurut The Global Safety Report 2025 oleh Gallup. Indonesia negara paling selamat untuk jalan...

Sosial

Sebuah insiden melibatkan treler yang melanggar sebuah kereta di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh baru-baru ini menjadi tular, menimbulkan pelbagai spekulasi dan pandangan...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd