Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terjatuh Ketika Ambil Bola, Dua Pelajar Hilang Di Sungai Perak Disahkan Lemas

Dua pelajar hilang di Sungai Perak kerana dihanyutkan arus air di Kampung Tepus, Perak pada Isnin sudah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

Memetik laporan Berita Harian, pengesahan itu dibuat oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon pada Selasa.

Dua pelajar hilang di Sungai Perak disahkan lemas

Dua pelajar hilang di Sungai Perak

Foto: Harian Metro

Menurutnya, mayat Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain, 16, ditemui jam 7 malam pada Selasa berhampiran lokasi mayat mangsa pertama, Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham, 16, yang ditemui sekitar 4.40 petang hari yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa kedua ditemui jam 7 malam ini berhampiran tempat mangsa pertama dijumpai,” katanya.

Penemuan mayat Muhammad Nazrin berhampiran lokasi remaja itu dikatakan jatuh ke sungai sebelum itu disahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah.

Ia berjaya ditemui timbul di permukaan air selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan teknik pencarian secara pusaran bot.

Artikel lain: JPA Nafi Tamatkan 30000 Kakitangan Tiada SPM, Pelantikan Dibuat Ikut Keperluan Semasa

Mayat pelajar Tingkatan 4 berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Seri Iskandar, Perak untuk proses bedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Terdahulu, kedua-dua mangsa dikatakan bermain bola di kawasan padang berhampiran sungai tersebut sekitar pukul 4 petang pada Selasa.

Muhammad Naufal kemudian dilaporkan terjun ke sungai untuk mengambil bola yang terjatuh di sungai tersebut sebelum rakan-rakannya melihat dia terkapai-kapai di dalam air.

Beberapa rakannya termasuk Muhammad Nazrin cuba membantu untuk menyelamatkan Muhammad Naufal dengan menghulurkan batang buluh sebelum dia sendiri terjatuh ke dalam sungai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua pelajar hilang di Sungai Perak selepas terjatuh dalam sungai

Mereka kemudian dilaporkan terus hilang sebelum operasi SAR dilaksanakan.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Zulsyamimi Sufian Suri)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd