Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Pekerja Taska Direman Kes Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang disyaki menjadi mangsa penderaan.

Menurut laporan Astro Awani, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan berkuat kuasa sehingga 16 Mac.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membabitkan kesalahan membunuh.

Kedua-dua suspek, masing-masing dalam lingkungan 20-an, tiba di kompleks mahkamah pada pukul 8.40 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu dan diiringi anggota polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, mangsa Hayl Haarith Mohd Syafaeez ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak 24 jam yang terletak dalam kawasan hospital.

Mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan pada kira-kira pukul 4 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan.

Ibu mangsa Ummu Habibah Wahab, 30, yang bertugas sebagai jururawat ketika itu sedang menjalani syif malam.

Hayl Haarith merupakan cahaya mata pertama pasangan berkenaan dan baru mula dihantar ke pusat jagaan selepas ibu kembali bekerja sejurus tempoh berpantang berakhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd