Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Terengganu Ambil Dua Mangsa Nahas Bas UPSI Jadi Anak Angkat

Mangsa bas UPSI jadi anak angkat Kerajaan Terengganu

Dua penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Adham Tuan Adnan dan Nur Ain Najwa Mohd Ilias, yang terlibat dalam nahas bas UPSI di Gerik, Perak, telah dijadikan anak angkat oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Portfolio Kebajikan.

Mangsa bas UPSI jadi anak angkat Kerajaan Terengganu

Mangsa bas UPSI jadi anak angkat Kerajaan Terengganu

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim, memaklumkan berita itu setelah mendapat persetujuan bersama beberapa pihak kerajaan negeri dan agensi kebajikan.

Beliau berkata, pelajar tersebut akan menerima bantuan RM500 sebulan setiap seorang bermula Julai ini sehingga menamatkan pengajian di UPSI.

“Kerajaan Negeri menerusi portfolio kebajikan tidak membiarkan anak-anak ini menghadapi kesusahan bersendirian. Kita akan bersama mereka hingga mereka berjaya menamatkan pengajian.
“Mereka dipilih atas faktor tertentu termasuk taraf keluarga. Semua sedia maklum ibu bapa Adham adalah Orang Kurang Upaya Penglihatan dan fizikal, manakala Ain Najwa anak pula anak yatim, lahir dalam keluarga susah dan sedang melalui proses pemulihan yang mencabar,” kata Maliamanan di Kuala Terengganu pada Isnin.

Terdahulu, Adham dan Ain Najwa telah menyentuh hati rakyat Malaysia apabila tular di media sosial kisah hidup mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengorbanan ibu dan ayah Adham yang OKU menjentik hati orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan membantu meringankan beban mahasiswa itu.

Mangsa bas UPSI jadi anak angkat Kerajaan Terengganu

“Adik-adik saya terpaksa tolak tawaran ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana nak kerja dahulu. Katanya, ‘Kakak belajar, kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir’,” kata Ain Najwa.

Difahamkan, mereka sekeluarga telah kehilangan bapa beberapa tahun lalu manakala ibunya pula kini uzur dan hanya mampu mengambil upah mencuci rumah bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Ain Najwa mengalami patah bahu kiri dan kecederaan pergelangan tangan dalam insiden menyayat hati itu.

Sehingga kini, dia sedang melalui proses pemulihan dibantu oleh JKM untuk memohon kad OKU, bagi mendapatkan sokongan kesihatan dan pendidikan yang lebih berstruktur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nahas UPSI: Sakit Belum Pulih, Adham Lebih Risaukan Ibu Alami Komplikasi Buah Pinggang

Adham pula mengalami kecederaan serius dan datang daripada keluarga yang kurang senang juga berstatus OKU. Penuntut UPSI ini turut menjalani pembedahan dan memerlukan rawatan susulan berpanjangan.

Untuk rekod, kos rawatan Adham sebanyak RM2,900 turut akan ditampung oleh Kerajaan Negeri.

Sumber: TRDI.my (Ima Wahida)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Dunia

Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon jasa baik Malaysia menyampaikan pendirian mereka buat negara-negara Islam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd