Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Hari Redah Lautan, ‘Allahuakbar’ Jadi Sebutan Pemancing Sepanjang Berenang

Seorang pemancing, Zulfahmi Izzudin Gan Abdullah nekad mengharungi lautan bersama rakannya, Chia Swee Kwong selama dua hari sebelum tiba di pantai Teluk Juara, Pulau Tioman petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, kedua-duanya terselamat selepas dilaporkan hilang sejak Isnin lalu sewaktu keluar memancing di perairan pulau berkenaan.

Bercerita lanjut, lelaki berusia 45 tahun itu berkata sewaktu perjalanan pulang sekitar jam 6 petang, bot enjin yang mati akibat kehabisan minyak menyebabkan bot mereka hanyut sebelum mengambil keputusan untuk berlabuh.

“jarak bot dengan pulau ketika itu kira-kira 100 meter. Namun, kira-kira jam 4 pagi, rantai sauh terputus menyebabkan bot kami dipukul ombak sebelum tersadai pada batuan pulau,” katanya.

Situasi tersebut membuatkan mereka terpaksa memanjat tebing batu setinggi kira-kira dua meter tetapi malangnya usaha mencari laluan keluar melalui hutan tidak berjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas mengambil faktor tiada makanan dan minuman serta isyarat telefon bimbit, Zulfahmi berkata dia dan rakannya yang berusia 49 tahun itu mengambil keputusan untuk berenang.

“Berbekalkan jaket keselamatan dan pelampung hanyut yang dikutip di kawasan berkenaan, kami mula berenang kira-kira 1 tengah hari, Selasa lalu.
“Kami terpaksa berenang jauh daripada tebing berikutan ketika itu ombak dan angin kuat manakala kedalaman air pula kira-kira 10 meter.
“Pada hari pertama, kami berjaya berenang melepasi tiga teluk dan kembali semula ke tebing batu kira-kira jam 6 petang kerana tidak mahu mengambil risiko berenang pada waktu malam,” ujarnya.

Zulfahmi berkata, rakannya sudah hampir putus asa sebaik memasuki hari kedua akibat kelaparan dan kepenatan namun perlu meneruskan ‘misi’ mereka.

“Kami mengutip tiga biji pelampung di lokasi berkenaan memandangkan pelampung yang digunakan sebelum itu sudah hanyut dan mula berenang kira-kira jam 9 pagi.
“Walaupun penat dan mengalami kekejangan, akhirnya kami berdua berjaya sampai ke Pantai Teluk Juara selepas enam jam berenang pada hari itu,” kongsinya.

Tambah Zulfahmi, dia yang mempunyai pengalaman menjalani latihan di air sewaktu berkhidmat dalam FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) itu tidak henti-henti berdoa dan menyebut Allahuakbar sepanjang meredah lautan tersebut.

Sumber: Harian Metro (Khairulmizan Yahya) , Facebook  Info Bencana Pahang dan Luar Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd