Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dimadukan Tanpa Rela, Wanita Terkilan Suami Kahwin Lain Ketika Sarat Hamil 7 Bulan

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh wanita terbabit yang dikenali sebagai Nur Ain di laman TikToknya, dia telah dimadukan tanpa rela sedangkan pernah menyimpan impian bersama suaminya itu untuk naik pelamin semula apabila wang sudah mencukupi.

Bagaimanapun, impian yang diidamkan selama 10 tahun itu musnah selepas suaminya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi atas alasan untuk memenuhi rasa sunyi dalam hati.

Dimadukan tanpa rela

Nur Ain bersama suami ketika hari pernikahan mereka

“Aku masih ingat angan-angan kita. Pakai songket. Berdiri berdua atas pelamin yang indah. Bergambar bagai raja dan ratu sehari. Tapi waktu tu, kita cuma mampu senyum atas pelamin berbusana kan persalinan yang kakak aku buatkan dengan tangan sendiri.
“Sebab dia tahu kita masih merangkak dalam menempa kejayaan di menara gading, kerana masa tu kita cuma ada cinta dan niat menghalalkan hubungan lillahi taala.
“10 tahun..aku setia jadi penunggu. Jadi si setia yang lurus percaya. Aku simpan kemas angan-angan tu dalam-dalam,” katanya.

Kata ibu kepada dua orang cahaya mata lagi, suaminya itu mengaku sendiri sudah berkahwin lain ketika mereka meluangkan masa bersama di sebuah restoran.

Artikel lain: Impian Mula Hidup Baru Musnah, Lima Sekeluarga Maut Nahas Pesawat Air India

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dimadukan tanpa rela

Suami Nur Ain berkahwin dengan wanita lain

“Selepas saya tanya betul ke dia ada orang lain? Lepas pada itu baru dia mengaku sudah berkahwin lain. Saya tengah mengidam makan steak tapi tak tertelan rasanya.
“Saya menangis sambil makan, dan selepas daripada itu kantoi semuanya dan naluri seorang isteri rasa tu semua betul tapi saya tak mencari atau korek,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Nur Ain terpaksa kuat dalam mengharungi ujian tersebut demi meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Sumber: TikTok @nurainannashwa

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd