Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Terlibat Salah Laku Seksual, Dua Guru Dikeluarkan Dari Institusi KPM

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengesahkan dua guru yang didakwa terlibat salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan dari institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM).

JPN Kedah dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil sehingga siasatan selesai.

Didakwa terlibat salah laku seksual

Didakwa terlibat salah laku seksual

“JPN Kedah mengambil serius dakwaan salah laku seksual melibatkan dua orang guru di negeri ini seperti yang tular di media sosial.
“Kedua-dua kes berasingan ini sedang berada dalam siasatan JPN Kedah,” katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, bekas guru Matematik dan pempengaruh pendidikan, Mohd Fadli Salleh mendedahkan tangkap layar perbualan antara guru dan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Dalam perkongsian itu, guru tersebut cuba melakukan ‘grooming’ terhadap pelajar itu menerusi perbualan lucah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: UMK Dukacita Pelajar PhD Maut, Kereta Terbabas Ke Dalam Tasik

Malah, Mohd Fadli turut mendedahkan satu kes lain yang berlaku di daerah sama, melibatkan seorang guru lelaki yang didakwa kerap mengucapkan kata-kata berunsur lucah ketika sesi pembelajaran berlangsung.

Sementara itu, JPN Kedah menegaskan pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang perlakuan yang melibatkan salah laku seksual dan akan terus memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan diberi perhatian.

Sumber: JPN Kedah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd