Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Terlibat Kegiatan Salah Guna Kuasa, MB Perlis Ditahan SPRM

Menteri Besar (MB) Perlis ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terlibat dengan kegiatan salah guna kuasa.

Memetik laporan Malaysia Kini, Mohd Shukri Ramli telah ditahan semasa memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung isu anak lelakinya di ibu pejabat agensi antirasuah, hari ini.

Foto: Berita Harian

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, Shukri yang disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa itu akan disiasat mengikut Seksyen 53(3) Akta SPRM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Vibes

“Saya boleh sahkan dia (Mohd Shukri) dipanggil oleh SPRM.
“Ketika ini dia ada di ibu pejabat kami dan sedang memberi keterangan kepada pegawai SPRM berhubung beberapa dakwaan berkaitan dia dan anak lelakinya,” katanya kepada media pada hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa Shukri berkemungkinan dilepaskan setelah pihak SPRM berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis tersebut pada hari ini.

“Saya tak menolak kemungkinan dia akan ditahan mengikut Seksyen 53 Akta SPRM. Bergantung kepada keterangan yang diberikannya pada hari ini.
“Sekiranya keterangan itu mencukupi, maka dia akan dilepaskan dengan jaminan,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, menurut kemas kini terbaharu, Shukri telah memuat naik sebuah hantaran di akaun Facebook miliknya dengan menyatakan telah selesai memberi keterangan dan sentiasa memberi kerjasama dengan pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, selesai memberi keterangan. Penting untuk mencari dan dapatkan berita yang sahih. Jangan jadi penyebar kepada berita palsu. Seperti yang saya tegaskan, saya akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, anak lelaki Shukri serta lima lagi suspek telah ditahan oleh pihak SPRM bagi memberi keterangan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen serta tuntutan membabitkan RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Sumber: Malaysia Kini (Hariz Mohd)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd