Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Diberi Keampunan! ‘Terharu, Saya Bekas Banduan Pertama Sultan Selangor Berkenan Jumpa’

Bekas banduan pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika menjalani hukuman penjara, Dr. Malik Yatam menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pengampunan penuh yang diberikan.

Bekas banduan pertama Sultan Selangor berkenan terima hadap

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Malik, 39, memaklumkan bahawa beliau dibebaskan selepas 24 tahun dipenjarakan, susulan pengampunan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember 2024.

Bekas banduan pertama

Foto: Media sosial

Menurut beliau, 3 Februari lalu menjadi satu detik bersejarah dalam hidupnya apabila berpeluang menghadap dan bertemu secara langsung dengan Sultan Sharafuddin, selain mencium serta memeluk baginda sebagai simbol kesyukuran atas peluang kedua yang diberikan.

“Pada tarikh ini, genap setahun lebih saya berada di luar penjara dan ia menjadi satu sejarah peribadi apabila saya dapat menzahirkan sendiri rasa terima kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor,” tulisnya hari ini.
Bekas banduan pertama

Foto: Selangor Royal Office

Bekas banduan pertama

Foto: Selangor Royal Office

Malik turut berkongsi bahawa kata-kata sokongan, nasihat serta motivasi yang disampaikan oleh baginda amat menyentuh perasaannya, malah pertemuan tersebut disifatkan sebagai satu pengalaman luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Sultan Sharafuddin bertitah bahawa saya merupakan individu dan bekas banduan pertama yang baginda temui selepas diberikan pengampunan penuh, dan perkara ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana prospek sebelum ini,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, beliau turut mendoakan agar Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, selain mendoakan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri Selangor.

Artikel lain: Pertemuan Pilu! Kisah Bekas Banduan PhD Dapat Pengampunan Sultan Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.
Bekas banduan pertama

Foto: Selangor Royal Office

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Muhammad Azmi Jamaludin berkongsi kisah silam Malik yang dihukum penjara seawal usia 14 tahun di bawah Tahanan Limpah Sultan (LTS) yang tiada tarikh bebas atau tidak dijatuhkan hukuman mati.

Menurut Muhammad Azmi, Malik meninggalkan pedalaman Sabah ke Kuala Lumpur pada 2001 untuk mencari rezeki, namun berakhir sebagai mangsa penipuan dan buruh paksa.

“Kisah sadis ini bermula jauh di pedalaman Sabah. Didorong keinginan membara untuk mengubah nasib keluarga, Malik nekad mengikut seorang lelaki yang baru dikenali sebagai ejen pekerjaan.
“Beliau dijanjikan gaji RM800 sebulan, satu jumlah yang besar buatnya ketika itu. Walaupun ditentang hebat oleh ibu bapa kerana faktor usia dan tiada kenalan di Semenanjung, Malik tetap melangkah pergi.
“Tiba di Kuala Lumpur pada tahun 2001, impian menjadi pembuat kek berkecai. Malik dan lapan rakannya ditipu hidup-hidup.
“Mereka dijadikan buruh paksa tanpa gaji, dokumen dirampas, dan sering dipukul jika tidak menurut perintah. Dalam usia yang sangat mentah, Malik terpaksa bekerja sehingga tengah malam dalam ketakutan dan penyesalan yang tidak berhujung.
“Selepas lima bulan menderita, takdir membawa Murad ke satu malam yang tragis. Terlihat pintu grill terbuka, Murad cuba melarikan diri dari ‘neraka’ tersebut.
“Namun, tindakannya dihidu majikan yang kemudian bertindak memukulnya tanpa belas kasihan. Dalam keadaan terdesak demi mempertahankan nyawa, beliau mencapai pisau (kerana tugasnya sebagai tukang masak) dan tertikam majikannya dalam pergelutan tersebut,” kongsi Muhammad Azmi.
Bekas banduan pertama

Foto: Selangor Royal Office

Bermula tanpa asas pendidikan, Malik berjaya memperoleh Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Ijazah, Sarjana dan akhirnya PhD dengan sokongan zakat, dermasiswa dan penajaan penuh Open University Malaysia, menjadikannya graduan PhD pertama dari penjara.

Sumber: Facebook Malik Yatam & Muhammad Azmi Jamaludin

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bekas komando dari Bangi, Mohd Azuan Asmuni, 40, terus menunjukkan semangat juang luar biasa selepas disahkan menghidap kanser pada 2023, walaupun berdepan pelbagai...

Sosial

Pihak sekolah menafikan dakwaan mengabaikan seorang murid Pendidikan Khas yang dilihat bergerak ke kantin dalam keadaan berlutut, seperti yang tular di media sosial baru-baru...

Sosial

Kejadian paip pecah di kawasan Segambut, Kuala Lumpur pagi tadi menjadi tular selepas seorang pengguna Threads, @jugusseo berkongsi pengalaman cemasnya ketika menghadapi insiden tersebut....

Lokal

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM1.4 juta kepada 954 pemenang. Pengerusi PTPTN,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd