Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dilanggar Pemandu Mabuk, Hasrat Arwah Derma Kornea Mata Diberi Penghormatan Warga Hospital

Suasana penuh hiba menyelubungi Hospital Tawau apabila petugas kesihatan berdiri berbaris memberi penghormatan terakhir kepada Darna Tajudin, 41, wanita yang meninggal dunia pada 17 Ogos lalu selepas tujuh hari bertarung nyawa akibat dirempuh trak pikap dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

 Penghormatan terakhir buat Darna Tajudin

Perkara itu dikongsikan Yen Tajudin, melalui satu hantaran Facebook yang memuat naik gambar menyayat hati warga hospital menundukkan kepala sebagai tanda penghormatan sebelum prosedur pendermaan organ dilaksanakan.

penghormatan

Foto: FB Yen Tajudin

Difahamkan, Darna disahkan meninggal dunia pada jam 8.37 pagi, 17 Ogos, selepas mengalami brain death susulan insiden pada 10 Ogos lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 malam di Batu 9, Jalan Apas, mangsa bersama beberapa rakan sedang berjoging dari Bandar Sri Indah menuju T2 Jalan Apas sebelum dirempuh.

Artikel lain: Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk, Keluarga Penuhi Hasrat Arwah Darna Derma Kornea Mata

Menurut adik arwah, Sanni Tajudin, 34, kakaknya sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi penderma organ.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila dimaklumkan Darna disahkan meninggal dunia, keluarga sepakat membenarkan pihak hospital meneruskan prosedur pendermaan kornea matanya.

penghormatan

Foto: Harian Metro

“Sebagai memenuhi keinginan arwah, kami sekeluarga sepakat mengizinkan pihak hospital melakukan pembedahan bagi tujuan itu,” katanya.

Penghormatan terakhir itu dibuat sebagai tanda penghargaan dan penghormatan warga perubatan atas pengorbanan murni Darna, sebelum pasukan perubatan melaksanakan operasi pendermaan organ yang membolehkan insan lain menerima sinar harapan baharu.

Sumber: Facebook @Yen Tajudin

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd