Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Demi Imbangi ‘Poket Rakyat’, KPDN Laksana Program Subsidi Bersasar Bermula 2024

Kos sara hidup yang semakin meningkat seiring dengan peningkatan harga barang di pasaran sangat membimbangkan bagi rakyat.

Oleh kerana itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program subsidi bersasar bagi mengurangkan bebanan itu.

Menurut laporan mStar, pemberian subsidi akan dilaksanakan keatas sebahagian barangan keperluan asas  seperti gas memasak akan dijalankan bagi membantu rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fauziah Salleh memaklumkan, kementeriannya akan membangunkan satu mekanisme bagi mengenal pasti golongan yang layak menerima subsidi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buat masa sekarang, tempoh percubaan mekanisma ini akan bermula November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.

Sebaik sahaja maklumat isi rumah ada sepenuhnya di dalam sistem, maka kerajaan boleh membuat keputusan mulanya subsidi bersasar tersebut.

Ketika dijemput ke program Analisis TV Al Hijrah, ‘Kos Sara Hidup: Rakyat Terbeban, Sampai Bila Harga Barang Nak Naik?’ baru-baru ini, beliau berkata barang-barang keperluan seperti gas memasak akan disubsidikan.

“Sebanyak 60 juta paket sebulan kita subsidikan. Kita ada lebih kurang 8 juta keluarga, dan ikut statistik setiap keluarga memerlukan kira-kira 4.6 kilogram. Kalau kira secara kasar, tak sampai 60 juta paket,” katanya.

Beliau juga menyebut mengenaik keperluan peniaga mikro yang turut memerlukan subsidi ini. Menurutnya, sebelum ini hanya keperluan domestik atau isi rumah yang dipertimbangkan untuk menerima subsidi ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, pihaknya faham bahawa keperluan peniaga mikro juga perlu dipertimbangkan. Oleh kerana itu, mereka akan membangunkan satu mekanisma untuk membantu mengenal pasti golongan yang memerlukan subsidi ini.

“Dengan data yang lengkap, kita membangunkan satu mekanisma untuk membantu dan mengenal pasti B40, M40 dan peniaga mikro yang layak menerima subsidi,” ujar beliau.

Selain pemberian subsidi, kerajaan juga melaksanakan harga maksimum kepada beberapa baringan keperluan utama seperti RON95, diesel bersubsidi, LPG kegunaan domestik, gula psir putih, tepung gandum, minya masak bersubsidi polibeg l kilogram, minyak masak botol dan beberapa barang keperluan lain.

KPDN akan melaksanakan kawalan yang berterusan agar peniaga tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna demi keuntungan  berlebihan.

Kementeriann juga akan memastikan kenaikan harga barangan atau caj bagi perkhidmatan yang dilaksanakan adalah terkawal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mustazar Mansur yang merupajan salah seorang panel program tersebut menekankan kepentingan kerajaan menangani isu orang tengah yang sering menjadi punca kenaikan harga barang.

Menurutnya, mengawal harga barangan merupakan salah satu tugas kerajaan. Hal ini dibantu dengan penetapan harga siling, dan sebagainya.

“Bagi mengawal barangan supaya mencukupi, harga tidak tinggi, pertama sekali adalah penguatkuasaan. Namun, kerjasama daripada pengguna juga amat diperlukan. Jika ada kesalahan, cepat-cepat buat aduan.
“Banyak dasar yang dilaksanak kerjaan namun apa yang kita lihat adalah keberkesannya. Pastikan harga tidak dikawal oleh orang tengah supaya pengguna terkekang boleh mendapatkannya secara langsung.
“Kerajaan perlu terus bekerja dalam hal ini, dibantu oleh pengguna dan peniaga. Insyallah masalah ini boleh dikurangkan,” jelasnya lagi.

Untuk tambahan, antara pendekatan dan strategi yang telah diambil oleh KPDN untuk memastikan kos sara hidup rakyat dikawan dengan baik ialah program penyeragaman harga (PPH) dan aplikasi ‘Price Catcher’ untuk mendaya upayakan pengguna supaya lebih bijak berbelanja melalui perbandingan harga.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd