Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ops Anti Litter: DBKL Keluarkan Lima Kompaun Kesalahan Buang Sampah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Ops Anti Litter di sekitar Jalan Bukit Bintang pada 2 Januari 2026 bagi memastikan tahap kebersihan bandar sentiasa terpelihara, selain meningkatkan kesedaran orang awam dan peniaga terhadap pematuhan peraturan kebersihan yang ditetapkan.

DBKL Keluarkan Lima Kompaun Kesalahan Buang Sampah

Sepanjang operasi penguatkuasaan berkenaan, sebanyak lima kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 47(1)(a) melibatkan perbuatan membuang atau menyebabkan pembuangan sampah di kawasan awam.

Selain penguatkuasaan, petugas DBKL turut memberikan teguran serta nasihat kepada orang awam dan peniaga agar tidak membuang sampah sesuka hati, tidak menutup laluan longkang, tidak mengalirkan sisa ke jalan awam serta memastikan puntung rokok dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Artikel lain: Sambutan Ambang Krismas Dipenuhi Sampah, DBKL Tegaskan Kebersihan Tanggungjawab Bersama

Advertisement. Scroll to continue reading.

DBKL turut menyeru semua warga kota supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kebersihan persekitaran.

“Kuala Lumpur ini milik kita bersama jadikan bandar ini bersih, selesa dan membanggakan,” menurut kenyataan itu.

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd