Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Badi 34 Tahun Berakhir! Malaysia Tundukkan Thailand Dalam Sepak Takraw Berpasukan

Penantian panjang selama 34 tahun akhirnya dinoktahkan apabila skuad sepak takraw negara berjaya merangkul pingat emas acara regu pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 pada Ahad.

sepak takraw

Skuad sepak takraw leburkan tembok kebal Thailand

Menerusi laporan daripada Sinar Harian, kejayaan tersebut menjadi lebih manis lagi apabila ia hadir di bumi Thailand, sekali gus meleburkan ego juara bertahan yang sekian lama dianggap ‘tembok kebal’ dalam acara berprestij tersebut.

Skuad sepak takraw negara tewaskan Thailand 2-1

Dalam aksi final yang berlangsung sengit di Nakhon Pathom, regu negara mempamerkan semangat juang luar biasa sebelum menewaskan Thailand dengan keputusan dramatik 2-1.

Kemenangan penuh emosi itu menyaksikan Jalur Gemilang kembali berkibar megah di puncak podium selepas sekian lama didominasi oleh lawan tradisi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sukan SEA 2025: Berbaloi Tangguh Pengajian! Grace Wong Pecah Rekod, Raih Pingat Emas

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia merasai nikmat kilauan emas acara regu adalah pada edisi Sukan SEA Manila 1991 di Filipina.

Sejak itu, Thailand sering menjadi penghalang utama sebelum skuad negara akhirnya memecahkan badi panjang, sekali gus melakar sejarah baharu sepak takraw tanah air.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd