Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan Sabotaj, KK Mart Saman Syarikat Pengedar Stoking

Kedai serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd (KK Mart) telah memfailkan saman pelanggaran kontrak, sabotaj dan kecuaian terhadap pengarah dan syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang mengedar stoking kontroversi ‘Allah’ di premisnya.

Menurut laporan Berita Harian, saman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, plaintif menamakan pengarahnya, Soh Chin Huat sebagai defendan dan Xin Jian Chang Sdn. Bhd yang beralamat berdaftar di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, Johor sebagai defendan kedua.

Dalam pada itu, saman tersebut telah  difailkan kedai serbaneka itu selaku plaintif menerusi firma guaman, Tetuan David Gurupatham & Koay.

Foto: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pernyataan tuntutan, KK Mart mendakwa berdasarkan kontrak bertarikh 1 Disember 2021, yang juga dikenali sebagai Perjanjian Pembekalan antara KK Mart dan Xin Jian dan disaksikan Chin Huat, mereka telah bersetuju dengan permintaan defendan untuk menjual barang konsainan di premisnya.

Walau bagaimanapun, pada 5 Februari 2024, defendan memohon untuk membekalkan stoking tangan (arm cover) yang kemudiannya dipersetujui oleh plaintif.

Plaintif memberitahu, tiada pada bila-bila masa pihaknya membenarkan kedua-dua defendan untuk membekalkan stoking kaki di premis-premis miliknya selain plaintif juga tidak pernah memberikan kod bar bagi penjualan stoking kaki berkenaan.

Chin Huat didakwa telah meletakkan barangan kontroversi tersebut di rak pameran di premis KK Supermart di Bandar Sunway dan tindakan tersebut didakwa dengan sengaja dilakukan bagi mengganggu perniagaan plaintif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo Digital

Menurut plaintif, tindakan itu dilakukan dengan sengaja bagi mengganggu perniagaan serta merosakkan nama baik serta reputasi plaintif dalam dunia perniagaan bagi memastikan usahanya untuk menyenaraikan syarikat itu dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO).

Dakwa plaintif lagi, tindakan tersebut telah mensabotaj perniagaannya dan mendedahkan mereka kepada kebencian orang ramai, boikot, serta ugutan sehingga terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan nama jenama sebanyak RM10.5 juta.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi RM1.5 juta setiap minggu sehingga tarikh penghakiman akibat kehilangan keuntungan daripada purata perniagaannya serta ganti rugi kerosakkan nama jenama dengan jumlah kerugian yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Plaintif bagaimanapun turut menuntut RM20.3 juta bagi pembatalan cadangan penyenaraian IPO di Bursa Malaysia serta ganti rugi teruk dan teladan yang akan ditaksirkan kemudian serta kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Saman yang telah difailkan oleh KK Supermart ke atas kilang pengeluaran stoking berkenaan atas tuduhan melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetakan kalimah Allah.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohd Ali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Perodua Axia berwarna merah yang tular membawa muatan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting semalam mengalami masalah jiwa. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd