Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sabah Siasat Dakwaan Al-Quran Dipijak, Diconteng Lukisan Menghina

Kerajaan negeri Sabah mengumumkan siasatan segera berhubung tularnya gambar al-Quran dipijak dan diconteng dengan lakaran tidak senonoh di media sosial yang dipercayai dilakukan oleh individu dari negeri itu.

Dakwaan al-Quran dipijak di Sabah

Memetik laporan daripada Harian Metro, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap EXCO Agama, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menegaskan perbuatan tersebut biadab dan melampau serta menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

“Perbuatan ini adalah perbuatan biadab, melampau dan cuba mencemarkan maruah agama serta boleh mengguris perasaan umat Islam,” katanya.

Siasat dakwaan al-Quran dipijak

Mohd Arifin menegaskan pihak berkuasa khas seperti Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu segera menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Beliau juga menekankan bahawa al-Quran adalah kitab suci yang mulia dan tindakan menghina tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau turut menambah bahawa perbuatan ini bukan sahaja menimbulkan keresahan tetapi boleh mencetus kemarahan umat Islam serta menjejaskan perpaduan masyarakat.

Beliau menyeru orang ramai supaya bersabar dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Kerajaan negeri menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang penghinaan al-Quran dan semua individu yang terlibat akan dihadapkan kepada tindakan undang-undang bagi memastikan maruah agama terus terpelihara.

al-Quran dipijak

Artikel lain: Kes Serangan Zamri Vinoth: Empat Lelaki Direman Selepas Tampil Serah Diri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular di platform Thread gambar al-Quran yang dipijak serta diconteng dengan lakaran menghina Nabi Muhammad, dipercayai dilakukan oleh individu dari Sabah.

Sumber: Harian Metro (Rafiqah Dahali)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd