Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Terpalit Skandal Palsukan Ujian Keselamatan, Daihatsu Gantung Pengeluaran Domestik

Pengeluar kereta milik Toyota Daihatsu gantung pengeluaran domestik dan telah menutup keempat-empat kilangnya sehingga akhir Januari selepas mengakui ia telah memalsukan ujian keselamatan.

Memetik laporan dari BBC, Daihatsu mengakui telah memanipulasi ujian keselamatan pada 64 jenama selama tiga dekad.

Daihatsu Gantung Pengeluaran, tutup empat kilang

Syarikat pembuat kereta itu telah menutup ibu pejabatnya di Osaka, Jepun  pada 25 Disember selepas menutup tiga kilang lain di wilayah Shiga, Kyoto dan Oita.

Difahamkan, skandal skandal terbabit  membahayakan para pekerjanya dan boleh menjejaskan reputasi gergasi kereta global Toyota.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Daripada 64 model yang terlibat dalam skandal itu, 24 dijual dengan penjenamaan Toyota. 

Daihatsu Gantung Pengeluaran Dometik, palsukan keputusan ujian keselamatan

Daihatsu berkata pada hari Rabu bahawa ia telah menghentikan penghantaran semua kenderaannya selepas kemasukan terbaru mengikuti siasatan kementerian pengangkutan.

Nampaknya keputusan ujian tersebut telah dipalsukan kerana tekanan untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar.

Beri pampasan kepada pembekal

Syarikat berkenaan memaklumkan yang mereka akan bekerjasama dengan pembekal utamanya untuk menangani kesan daripada skandal itu, sambil menambah bahawa ia juga mungkin membantu subkontraktor kecilnya yang tidak menerima pampasan untuk mengakses dana sokongan daripada kementerian pengangkutan Jepun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak hanya itu, pampasan juga akan diberikan kepada 423 pembekal domestik yang mempunyai hubungan perniagaan langsung dengannya.

Sejak ditubuhkan pada 1907, Daihatsu telah menjual sekitar 1.1 juta kereta setahun, yang membentuk kira-kira 10% daripada 10 juta jualan kenderaan Toyota setahun.

“Perkara ini pertama kali berlaku bermula pada bulan April lalu di mana isunya adalah mengenai ujian perlanggaran yang dipalsukan”
“Kemudian, suruhanjaya bebas oleh Toyota menemui lebih banyak isu termasuk beg udara dan ujian kelajuan.
“Tiada cadangan pada masa ini mengatakan yang produk sebenar tidak selamat, tetapi apa yang nampaknya telah berlaku ialah mereka menguji kereta dengan komponen masuk dan kemudian menjual kereta dengan komponen berbeza , jadi itu menjadi isu utama,” ujar penganalisis industri permotoran, David Bailey.

Untuk rekod, reputasi Toyota telah rosak sejak tahun 2009 disebabkan penarikan balik model keluaran mereka kerana beberapa kerosakan seperti di bahagian alas lantai dan pedal pemecut.

Pada tahun 2012 pula, sekali lagi menarik balik berlaku apabila lebih daripada tujuh juta kenderaan di seluruh dunia, termasuk beberapa model Yaris, Corolla dan Camry kerana suis tingkap yang rosak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penarikan semula itu membawa kepada Toyota yang “berubah secara asasnya”, jelas Bailey.

Sumber: BBC

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Nasional

Perusahaan Sosial Malaysia telah menerima pengiktirafan berganda oleh Social Enterprise World Forum (SEWF) pada Mac lalu sekali gus memberi peluang bagi Perusahaan Sosial Diakreditasi...

Lokal

Usaha pencarian seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang hilang semasa melaksanakan Op UKUR bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di Limbang, Sarawak pada 18...

Dunia

Seorang datuk membongkar kematian cucu perempuannya yang maut dipukul oleh bapa tiri dan ibu kandung didakwa akibat tertumpahkan air minuman di kediaman mereka di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd