Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cuba Lintas Lebuh Raya, Harimau Belang Mati Dirempuh Kereta

Seekor harimau jantan dilaporkan ditemui mati selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 50.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah Kuala Lumpur, dekat Lentang, Bentong, awal pagi ini.

Menurut satu laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Rozidan Md Yasin berkata, harimau yang dianggarkan seberat 130 kilogram (kg) berkenaan dilanggar sebuah Proton Persona ketika cuba melintas lebuh raya pada 1.23 pagi.

Foto: Media sosial

“Selepas menerima aduan penemuan bangkai harimau belang itu, pegawai PERHILITAN segera ke lokasi untuk melakukan siasatan. Bangkai dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut.
“Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian dan kecederaan yang dialami harimau ini,” katanya.

Beliau berkata, Hutan Simpan Bukit Tinggi berhampiran lokasi kejadian merupakan antara kawasan yang menjadi tempat habitat liar dan masih ada harimau belang mendiami kawasan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media sosial

“Kemalangan itu amat mendukacitakan kerana bilangan harimau belang di negara ini semakin berkurangan,” ujarnya.

Rozidan turut memberitahu bahawa harimau tersebut dianggarkan berumur lingkungan empat tahun berdasarkan daripada saiz tubuh dan tapak kakinya.

https://www.facebook.com/animalmalaysia/posts/pfbid025R8KoRgK9AMJ6jiUf5oDuGLxE5Y6Wd3euyr9BEdYcREvSXA5igNyrFR434Y4DyKFl?__cft__[0]=AZVOKIyJDiLtt46sS7fHzb31BpGlyBNdPifL3w97MhF-UffjC1SaDqV1oyamxbSx702k-98Nug8aPNZx3KUFDuqW8T9cmGNzrFGUc8-VaC2N2HxYVSgy3y0klRC5v_oAnPwgpVBytlI9bT0xIJTsZ6MV_XuQ0CQjWfxB8_TsA9GdsAJRbylFWEUIZnmZrJNKcwtSciS6x_gpuBaTd_2rU-j2&__tn__=%2CO%2CP-R

Untuk makluman, tular  di media sosial berhubung penemuan mayat harimau berkenaan di kawasan lebuh raya terbabit sejak awal pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohd Rafi Mamat)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd