Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bumiputera Takut Saham, Ramai Pilih Skim Cepat Kaya –DDNK

Bumiputera Takut Saham

Golongan Bumiputera masih ketinggalan dalam dunia pelaburan saham kerana stigma masyarakat yang menganggap pasaran modal sebagai medan berisiko tinggi.

Penganalisis pasaran, Datuk Dr Nazri Khan berkata, mentaliti itu menyebabkan ramai lebih cenderung memilih skim atau pelaburan yang menjanjikan keuntungan segera berbanding pasaran saham yang sah, telus dan mampan untuk jangka panjang.

“Masyarakat kita masih takut melabur saham. Ramai lebih suka mencari jalan pintas melalui skim cepat kaya yang akhirnya merugikan.
“Sikap ini perlu diubah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap pasaran saham,” katanya.

Nazri berkata, keadaan itu turut tercermin pada jumlah syarikat Bumiputera tersenarai di Bursa Malaysia yang masih rendah berbanding bukan Bumiputera.

Bumiputera Takut Saham

Beliau menegaskan pasaran saham bukan sahaja memberi peluang kepada pelabur individu, malah menyediakan platform penting untuk syarikat mendapatkan akses modal bagi mengembangkan perniagaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika Bumiputera tidak berani melangkah, kita akan terus ketinggalan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pelabur Bumiputera meningkatkan literasi kewangan dengan mempelajari asas pelaburan, analisis pasaran dan strategi pengurusan risiko.

Pada masa sama, usahawan Bumiputera juga perlu berani membawa syarikat mereka ke papan penyenaraian Bursa Malaysia.

“Sudah tiba masanya orang Melayu menjadi peneraju, bukan sekadar pemerhati.
“Dengan ilmu, disiplin dan keberanian, kita mampu memperkukuh kedudukan ekonomi bangsa, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Artikel lain: Saham Astro Jatuh Ke Paras Terendah Dalam Sejarah, Pendapatan Merosot

Data menunjukkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam Bursa Malaysia masih rendah dengan hanya 62 syarikat daripada 945 syarikat tersenarai pada 2022 dikawal sepenuhnya atau majoriti dimiliki Bumiputera, iaitu kira-kira tujuh peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam tempoh tiga tahun terkini, hanya satu syarikat Bumiputera disenaraikan berbanding puluhan syarikat bukan Bumiputera.

Kerajaan melalui inisiatif BRAVE (Bumiputera Rapid Acceleration and Value Enhancement) menyasarkan sekurang-kurangnya dua lagi syarikat Bumiputera disenaraikan menjelang hujung tahun ini, dengan fasa awal memilih 15 syarikat dan lima daripadanya diberikan bimbingan intensif.

Sumber: BH Online (Alzahrin Alias)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd