Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bukti Kehebatan Anak Malaysia, Khairul Aming Jadi Sebutan Cef Di London

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming membuktikan kehebatannya sebagai anak Malaysia apabila dia dikenali oleh tukang masak di London.

Menerusi satu perkongsian TikTok @christhechindian, dia telah memuat naik sebuah video yang memaparkan suasana di sebuah gerai makan serta memperlihatkan dua orang cef sedang memasak.

@christhechindian

Brooo hebat la guys. Power @Khairulaming dah sampai London 💯 Terkejut kami bila Chef tiba tiba tanya “You know Khairulaming?” 😅 Of course la we know. Who in Malaysia don’t know ? 📍: Bomba Paella, Borough Market #SuduonTheStreet #StreetInterview #London #Fyp #foryoupage #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #khairulaming #fypシ #makanhowmuch

♬ original sound – Chris MJ – Chris MJ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dapat dilihat melalui rakaman tersebut, pemuda yang dikenali sebagai Christ MJ ini sedang memesan makanan di gerai sambil berbual dengan dua cef berkenaan.

Namun, ketika Christ memberitahu bahawa dia merupakan rakyat Malaysia, cef itu kelihatan teruja dan mengangguk sebagai tanda mengenali negara berkenaan.

Tidak lama kemudian, kelihatan seorang lagi tukang masak menyapa Christ sambil menyebut nama Khairul Aming. Cef turut bertanya sama ada lelaki ini mengenali usahawan tersebut memandangkan terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak mengenali pempengaruh berkenaan.

“Saya tahu Malaysia. Awak kenal Khairul Aming ? saya kenal dia cuma ada segelintir orang Malaysia di sini mereka tidak kenal dengan Khairul Aming,” kata cef tersebut.

Foto : IG Khairul Aming

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, tukang masak berasal dari Algeria itu juga memberitahu Christ bahawa dia telah menetap di London selama 14 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga mereka terhadap kejayaan Khairul Aming yang bukan sahaja dikenali di negara Malaysia bahkan di luar negara.

Dia kenal Malaysia sebab Khairul Aming, hebat anak Melayu!

Khairul Aming mendunia..

Orang luar pun dah kenal Khairul Aming

Tambahan lagi, cef tersebut ada memberitahu bahawa usahawan terkenal itu pernah mengunjungi serta merakam video di gerai mereka sebelum ini.

Sumber : TikTok @Christhechindian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Nasional

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai keseluruhan RM11.4 juta merangkumi wang tunai, jam tangan mewah, emas serta kenderaan mewah berhubung siasatan kes...

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd