Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Buat Perbuatan Tak Senonoh Terhadap Kanak-Kanak, Guru Mengaji Dipenjara 26 Tahun

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 26 tahun dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Lahad Datu selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah umur pada Ogos tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Hakim Suhailla Selaq menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Basry Asang, 49, selepas dia membuat pengakuan bersalah bagi dua pertuduhan pilihan.

Foto: BH

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 11 tahun 11 bulan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Segama, Lahad Datu, antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang pada 18 Ogos 2024.

Tertuduh yang juga seorang guru mengaji didakwa mengulangi perbuatan tersebut pada keesokan harinya, di lokasi dan waktu yang sama.

Bagi kedua-dua kesalahan, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama, serta 13 tahun penjara dan tiga sebatan bagi pertuduhan kedua.

Foto: Carian Google

Timbalan Pendakwa Raya, Ng Juhn Tao, memohon agar hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan tertuduh, yang disifatkan tidak berperikemanusiaan serta mencabul hak privasi dan maruah mangsa, selain meninggalkan kesan trauma mendalam.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan, bermula dari tarikh penahanan tertuduh pada 20 Ogos 2024.

Selain itu, tertuduh turut diarahkan mengikuti sesi kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan, serta menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Sumber: Berita Harian (Abdul Rahemang Taiming)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd