Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bina SME Bantu Usahawan PKS Secara Percuma Bermula Oktober Ini

Richworks terus bergerak membantu para usahawan melalui program Siri Sokongan Jelajah Bina SME Seluruh Malaysia (Bina SME) – Bina Perniagaan & Kewangan Berjaya yang akan bermula Oktober ini.

Menerusi satu kenyataan, program jelajah yang membantu usahawan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) itu akan diadakan secara percuma di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor serta akan ke negeri Sabah dan Sarawak sekiranya terdapat permintaan.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata lebih 90 peratus usahawan yang ditemui menghadapi masalah kewangan dan tidak mencapai impian mereka disebabkan pelbagai cabaran termasuk persaingan, kenaikan kos dan kekurangan ilmu perniagaan.

Program tersebut ingin membantu usahawan bangkit daripada cabaran ekonomi, termasuk kesan ‘gelombang China’ dimana pengilang dari negara itu menjual terus kepada pelanggan dengan harga lebih murah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Faktor gelombang China ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada para usahawan kecil tempatan, dan oleh itu kita akan adakan siri jelajah ini bagi membantu mereka disamping memberi idea sebagai nilai tambah dalam meningkatkan dan menghidupkan kembali perniagaan mereka,” kata Azizan.

Program berkenaan mensasarkan usahawan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi dalam tempoh enam bulan ke atas.

“Kami nak usahawan terlibat bangkit untuk hadapi persaingan dari situasi mencabar tempoh ini supaya dapat kewangan yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau turut meletakkan sasaran untuk membantu 10,000 perniagaan kecil dan sederhana (SME) menjelang akhir tahun ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.binasme.com.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd