Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Berpotensi Untuk Berkembang, Industri Getah Boleh Jadi Penyumbang Terbesar Ekonomi Negara

Industri getah negara mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata dengan kewujudan teknologi moden pada masa kini, industri getah sudah tentu dapat menjadi lebih produktif, efisien dan berdaya saing.

Industri getah boleh jadi penyumbang terbesar ekonomi negara

Industri Getah Boleh Jadi Penyumbang Terbesar Ekonomi Negara

“Industri getah merupakan satu industri yang signifikan kepada negara. Sejak 1930-an sehinggalah 1990, Malaysia merupakan pengeluar terbesar getah asli dunia.
“Pencapaian ini disumbangkan oleh beberapa faktor termasuklah permintaan tinggi bagi getah, peranan pusat penyelidikan seperti Rubber Research Institute of Malaysia (RRIM) dan penggiat industri yang dapat memanfaatkan peluang yang ada di pasaran dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hati Teknologi Getah anjuran Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024 di Akademi Hevea Malaysia, Sungai Buloh hari ini.

Industri Getah Boleh Jadi Penyumbang Terbesar Ekonomi Negara

Dalam pada itu, Johari berkata LGM juga telah membangunkan beberapa hasil penyelidikan dalam usaha memajukan dan teknologi dan meningkatkan kualiti produk getah Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PM Umum Imbuhan RM10k Kepada Pemain Dan Jurulatih Sepak Takraw Kebangsaan

“Antaranya adalah klon-klon kebersihan tinggi dan berdaya tahan, teknik torehan yang lebih produktif, prosedur pemulihan kawalan penyakit pokok getah seperti pestalotiopsis, bahan perangsang lateks seperti stimulan RRIM Hydrobest dan banyak lagi,” ujarnya.

Tambahnya, aplikasi-aplikasi ini digabungkan dengan Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices – GAP) dijangka dapat meningkatkan produktiviti getah di Malaysia.

“Sebagai contoh, pengurusan ladang pintar dapat memastikan operasi ladang yang sistematik dan teratur dengan penggunaan teknologi seperti sensor tanah dan dron untuk pemantauan ladang yang lebih efisien.
“Solusi seperti ini dapat membantu pekebun kecil meningatkan hasil dan mengoptimumkan kos operasi,” katanya.

Industri Getah Boleh Jadi Penyumbang Terbesar Ekonomi Negara

Beliau menjelaskan, LGM juga menghasilkan produk getah yang berinovasi seperti High Damping Rubber Bearing (HDRB) yang digunakan pada struktur bangunan seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang untuk memberi perlindungan struktur gegaran gempa bumi.

“Selain itu, LGM juga menghasilkan bahan sebatian getah kalis api yang pertama di dunia untuk aplikasi dalam produk getah yang dipasang di Station (Underground) Canary Wharf di London.
“LGM juga menghasilkan penggunaan getah dalam pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya (rubberised road),” jelasnya.

Sementara itu, selain merasmikan majlis Hati Teknologi Getah anjuran Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024, Johari turut melancarkan logo 100 tahun Penyelidikan Getah dengan memperkenalkan satu inovasi terbaharu daripada LGM iaitu RRIMe-Formulary.

Advertisement. Scroll to continue reading.

RRIMe-Formulary adalah platform elektronik yang menawarkan formulasi produk getah kering yang pelbagai seperti barangan getah industri, barangan getah am dan produk tayar.

Industri Getah Boleh Jadi Penyumbang Terbesar Ekonomi Negara

Beliau turut menyaksikan sesi pertukaran dokumen Perjanjian Pengkomersialan antara LGM dan Bina Integrated Industries bagi teknologi cat berasaskan getah yang dinamakan Bina Rubbershield.

Malah kerjasama LGM dan Jabatan Kastam Diraja turut diraikan bagi projek kerjasama penerbitan buku bertajuk Glossary of Classification Rubber and Rubber Products.

Turut berlangsung adalah pembukaan sesi kaunter pendaftaran BUDI Agri-Komoditi oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang melibatkan pendaftaran bagi 500 pekebun kecil sektor getah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd