Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bermotifkan Cemburu, 6 Anggota Polis Suspek Kes Bunuh Pemandu E-Hailing

Tujuh suspek termasuk enam anggota polis dan orang awam bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Tawau petang di atas pertuduhan kes pembunuhan seorang pemandu e-hailing da 13 Januari lepas di Tawau.

Menurut laporan Bernama, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah memaklumkan kertas siasatan berhubung kes tersebut telah dilengkapkan dan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara semalam untuk tindakan lanjut.

“Semua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.
“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Difahamkan juga, sebelum ini lapan anggota polis dan tiga orang awam telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Malah, pada 13 Januari lalu,  idris memaklumkan kes tersebut bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi. Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak sesekali menganggu keamanan serta keselamatan di Sabah.

Sehari sebelumnya, seorang wanita yang dikenali Nurima Juli, 33, dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa terlibat membunuh suaminya bernama Nurman Bakaratu, 61, di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas, Tawau pada 13 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd