Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Beri Peluang Kepada Anak Muda, Kerajaan Akan Bina Institusi TVET Di Gua Musang – Ahmad Zahid

Kerajaan bakal membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang, Kelantan bagi memberi peluang kepada penduduk di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan institusi itu bertujuan memberi latihan dan peluang pekerjaan kepada anak muda yang bersekolah dan membesar kawasan itu, lapor Bernama.

Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang

TVET Di Gua Musang

Foto: Sinar Harian

Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut berkata kursus yang dijalankan TVET telah mendapat perhatian di seluruh negara dalam pelbagai industri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Daripada 100 orang yang sertai TVET, sebanyak 98.7 peratus mendapat peluang pekerjaan terus dan segera, daripada pihak industri.
“Kesemua mereka akan dibooking atau ‘ditempah’ daripada pihakn industri, kerana kursus anjuran TVET amat bersesuaian dengan permintaan majikan untuk bekerja di seluruh negara,” katanya.

Artikel lain: MINDEF Percaya KPT Akan Pastikan Kes Seperti Zulfarhan Tidak Berulang – Mohamed Khaled

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran Pelan Pembangunan, Pusat Pertumbuhan Desa, Sungao Asap, KESEDAR di Gua Musang pada Selasa.

TVET Di Gua Musang

Foto: Suara.TV

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KESEDAR telah meluluskan peruntukan lebih RM40 juta untuk melaksanakan dua Pusat Pertumbuhan Desa (PPD), Gua Musang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, PPD dikhususkan kepada penduduk di wilayah Kelantan Selatan yang berkonsepkan pembangunan penempatan secara bersepadu iaitu pembangunan perumahan desa secara tersusun yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

TVET Di Gua Musang

Foto: Kosmo Digital

“Apa yang saya rancangkan pada hari ini iaitu projek PPD KESEDAR bahawa kawasan Paloh, Gua Musang telah diperuntukkan RM20.5 juta.
“PPD kedua juga telah diluluskan dan projek PPD KESEDAR Sungai Asap juga akan diberi peruntukan sebanyak RM20.7 juta,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd