Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bergelar Juara Penggusti Dari Asia Tenggara, Shaukat Tak Gentar Dicabar Undertaker

Ahli gusti terkenal Malaysia, Ayez Shaukat Fonseka atau lebih dikenali sebagai Shaukat telah melakar sejarah apabila dia berjaya menyertai Reality of Wrestling yang dikendalikan oleh Booker T di mana dia tampil memakai tanjak yang simbolik dengan pahlawan Melayu.

Susulan daripada kejayaannya itu,  legenda sukan gusti profesional, Undertaker yang juga merupakan individu yang memberikan inspirasi kepada Shaukat untuk menyertai sukan tersebut telah memberikan pesanan khas kepadanya menerusi sebuah video pendek.

@coachshaukat

Baik Undertaker, tolong jangan tombstone saya 🙏 #viral #malaysiaviral #fyp #indonesiaviral #prowrestler #prowrestling #wwe

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Shaukat

Dalam video tersebut, Undertaker memberi kata-kata tahniah atas pencapaian yang dirangkul oleh Shaukat selepas menjadikan legenda sukan itu sebagai idolanya untuk menjadi seorang ahli gusti sehingga mendapat gelaran sebagai penggusti terbaik Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, Undertaker turut memberi amaran kepada lelaki berusia 34 tahun itu supaya tidak mencari masalah dengannya dan ucapannya itu telah disambut baik malah Shaukat tidak sama sekali gentar amarannya.

Selain berjaya dalam menempah nama di persada Asia Tenggara, Shaukat turut berjaya membuka sebuah syarikat gusti di bawah namanya sendiri yang terletak di Kota Damansara, Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, rata-rata warganet berbangga dan menitipkan ucapan tahniah buat Shaukat atas kejayaan yang dikecapinya selama 13 tahun dalam industri gusti tanah air.

Malah, warganet turut mendakwa bahawa kejayaan yang dihasilkan oleh Shaukat membuktikan bahawa Malaysia mempunyai bakat serta peluang besar dalam dunia wrestling. Bahkan, segelintir warganet terhibur dengan ucapan yang diberikan oleh ahli gusti hollywood itu.

Sumber: TikTok (Coachshaukat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Sosial

Sebuah salun rambut di Subang Jaya, Selangor dikecam warganet apabila didakwa memaparkan elemen yang memperlekehkan agama Islam, khususnya berkaitan pemakaian hijab sambil meminum alkohol....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd