Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bella Hadid Tak Restu Percintaan Gigi Hadid & Leonardo DiCaprio -“Risau Kakak Kecewa”

Model terkenal, Bella Hadid meluahkan pendapatnya yang tidak bersetuju kakaknya, Gigi Hadid untuk menjalinkan percintaan bersama pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.

Katanya, dia bimbang Gigi akan mengalami kekecewaan dan menganggap kedua-kedua selebriti itu tidak sesuai untuk bersama memandangkan kakaknya itu wanita yang terlalu baik untuk Leonardo.

 

“Saya rasa Gigi terlalu baik untuk Leonardo kerana cara dia mendekati Gigi sangat terburu-buru meskipun baru sahaja berpisah dengan bekas teman wanitanya.
“Saya bimbang Gigi akan kecewa sekiranya sesuatu buruk berlaku dalam hubungan mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, Leonardo telah mengejutkan ramai apabila dia telah memutuskan hubungan bersama model terkenal, Camila Monroe yang berusia 25 tahun selepas empat tahun mereka menjalin percintaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaharu, muncul pula khabar angin yang mengatakan pelakon Titanic itu dikatakan sedang hangat bercinta bersama seorang model terkenal juga, Gigi Hadid namun sehingga kini kedua-dua selebriti itu mengunci mulut.

Sekadar info, sebelum ini Gigi pernah menjalinkan hubungan bersama penyanyi Zayn Malik dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Khai.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd