Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bekas Kekasih Ugut Mahu Sebarkan Gambar Hubungan Intim Punca Vaishali Takkar bunuh diri?

Pelbagai dakwaan serta teori yang muncul mengenai kematian pelakon Vaishali Takkar termasuklah baru-baru ini, terdapat individu yang mengatakan mendiang pernah diganggu oleh seorang jiran sehingga kini tidak dapat dikenal pasti.

apa yang lebih mencetuskan tanda tanya, rakan gandingannya dalam naskhah Rakshabandhan telah membuat pendedahan melalui satu kenyataan yang telah mengejutkan orang ramai.

Jelas Nishant, bekas kekasih Vaishali iaitu  Rahul Navlani pernah memberi ancaman kepada mendiang yang mahu menyebarkan hubungan intim mereka di laman sosial sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan.

“Rahul tidak membenarkan dia berpindah. Vaishali mengalami tekanan perasaan, tetapi sudah mendapatkan bantuan pakar.
“Itu adalah hubungan toksik, Vaishali sering menangis di lokasi penggambaran akibat tertekan, stres dan trauma,” kata Nishant.

Sebelum ini, pada 16 Oktober lalu, Vaishali telah ditemui dalam keadaan menggantungkan dirinya sendiri dan meninggalkan satu nota yang mendakwa Rahul dan isterinya, Disha mengganggunya secara mental.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Hanisah Selamat)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Spotlight

Pelakon aksi Thailand, Tony Jaa, dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024. Menurut laporan media Thailand, aktor itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd