Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Setiausaha Politik Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah RM350,000

Bekas Setiausaha Politik, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima rasuah pada empat tahun lalu berjumlah RM350,000 di Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi satu laporan Harian Metro, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin itu bagaimanapun dilaporkan mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan tersebut dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Foto: MalayMail

“Bismillah. Faham, mohon dibicara,” katanya.

Lelaki berusia 42 tahun itu dilaporkan menerima rasuah bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada empat tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan,Sayed Amir Muzzakkir didakwa telah menerima wang rasuah berjumlah RM350,000 daripada Wan Azhar Mohamed Yusof, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd.

“Ia sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan serta pembekalan alat ganti untuk peralatan infrastruktur, server, perisian serta radio pengguna sistem RMPNET PDRM bernilai RM381,112,042.44,” ujarnya.

Foto: Berita Harian

Kesalahan tersebut dilaporkan dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada dua waktu berbeza, iaitu jam 4 petang, 4 Disember 2020 dan 3.30 petang, 16 Disember pada tahun yang sama.

“Pendakwaan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, kesalahan bagi akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi sekiranya disabitkan kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd