Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Pekerja Pembinaan Menjunjung Kasih Kepada Tengku Mahkota Pahang

Alias Awang, 44, merupakan bekas pekerja pembinaan yang didakwa diserang empat individu termasuk seorang kerabat diraja menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan pertuduhan mahkamah berhubung kejadiannya itu.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa yang kini sedang menganggur menghargai keprihatinan baginda kerana membantunya mengheret kesemua suspek ke muka pengadilan.

Foto: Carian Google

“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang kerana membantu dan memberikan keadilan kepada saya.
“Bagaimanapun, memandangkan kes ini sudah di mahkamah, biarlah undang-undang yang memutuskan,” ujarnya semalam.

Foto: X @HouseOfPahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, seorang ahli kerabat diraja Pahang yang terbabit dan anggota polis antara lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kecederaan seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu.

Sekumpulan individu tertuduh, iaitu Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 32, dan Khairul Azhar Rosli, 38.

Foto: Bernama

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah serta meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, kelima individu terbabit telah didakwa bersama-sama secara sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian paha kanan Alias, dengan menggunakan sebilah pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek, di sini, kira-kira jam 12.20 tengah malam 6 Jun lalu.

Pertuduhan itu juga dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Foto: Bernama

Sementara itu, pihak pendakwaan diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Pahang, Shahrizat Ismail, semalam memohon jaminan RM10,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga mencadangkan syarat tambahan supaya kesemua mereka melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam bela Y Sheelan memohon minimum dalam lingkungan RM5,000 terhadap Tengku Eddie Akasya atas alasan masih ditanggung ibu bapa.

Foto: Sinar Harian

Sheelan juga memohon jumlah sama untuk Nik Norhisham Affendi dan Khairul Azhar yang bekerja sebagai penternak lembu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam Mohammed Badrulzzaman yang mewakili Mohd Fouzi pula memohon jaminan rendah terhadap anak guamnya yang menyara isteri dan anak yang masih bersekolah.

Majistret kemudian menetapkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dicadangkan pendakwaan.

Dia juga menetapkan tarikh 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: Berita Harian (Asrol Awang)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd