Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tidak Hanya Menikahi Ashraf, Tetapi Mencintai Keluarganya – BCL

BCL mencintai keluarga Ashraf

Penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menganggap dirinya bertuah kerana dikurniakan tiga ibu bapa yang saling memahami termasuk keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair.

BCL mencintai keluarga Ashraf

BCL mencintai keluarga Ashraf

Foto: RadarBali

Memetik laporan Kosmo, Bunga, 42, memaklumkan hubungan bersama keluarga arwah suaminya masih dalam keadaan yang baik dan mereka juga terbuka menerima kehadiran suami baharunya, Tiko Aryawardhana seperti anak kandung sendiri.

“Saya tidak hanya menikahi Ashraf, mencintai Ashraf tapi saya mencintai keluarganya. Mereka baik sekali, selalu sokong, bahkan sekaramg menyokong dan menerima Tiko serta seluruh keluarganya.
“Kalau dilihat ketika perkahwinan kami di Bali, saya seperti ada tiga ibu bapa sekarang. Ada ibu bapa saya, ibu bapa Ashraf dan ibu bapa Tiko. Jadi semuanya jadi satu.
“Kami seperti sebuah keluarga besar, sesuatu yang mungkin bukan semua orang dapat rasa. Sangat indah, alhamdulillah,” kata Bunga di Hotel Imperial Lexis, pada Isnin.

Pelantun lagu Cinta Sejati itu berkata tiada rasa cemburu antara setiap keluarga dan keharmonian itu dibina atas kematangan semua pihak.

BCL mencintai keluarga Ashraf

Foto: KapanLagi

“Dan itu mungkin adalah kerana hubungannya semua sudah dibangun dari awal dengan baik, pengertiannya baik, apatah lagi semuanya dewasa.
“Tidak ada cemburu, tiada iri hati kerana yang wujud hanya bagaimana caranya kita saling memberi serta menyokong satu sama lain,” ucapnya.

Artikel lain: “Rindu Awak..”- Bunga Citra Lestari Sambut Hari Lahir Arwah Suami Di Kubur

Untuk info, BCL menikah bersama pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 15 tahun.

Setelah 12 tahun mendirikan rumah tangga, Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 sewaktu tidur akibat serangan jantung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Hanisah Selamat)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd