Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Usia Dua Bulan Meninggal Dunia Dipercayai Dihempap Abang Sewaktu Tidur

Seorang bayi perempuan dilaporkan meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihempap abangnya ketika sedang tidur di rumah mereka di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah, Alor Gajah, awal pagi semalam.

Menurut laporan Malaysia Gazette, bapa mangsa Meor Syazalee Sha @ Meor Sha reda atas pemergian anak bongsunya Maryam Sofea yang berusia dua bulan.

“Ini semua sudah ketentuan Allah, kami reda dengan pemergiaan anak syurga kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah.

Bercerita lanjut, Meor Syazalee berkata ketika kejadian, mangsa sedang tidur bersama isterinya dalam sebuah bilik manakala tiga lagi anak lelakinya berusia 9, 6 dan 5 tahun tidur di bilik berasingan.

“Isteri hanya menyedari Maryam tidak sedarkan diri pada awal pagi semalam selepas mendapatinya tidak bergerak sebelum menyedari anak lelaki berusia lima tahun tidur di sebelah bayi.
“Selepas mendapati bayi tidak bergerak, kami segera membawanya ke hospital sebelum disahkan telah meninggal dunia,” ujarnya.

Foto: BH Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah pensyarah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah itu, bagaimanapun dia dan isteri menerima ujian berkenaan dengan hati terbuka walaupun sedih kehilangan anak tunggal perempuan mereka.

“Ujian Allah ini mungkin sedikit sahaja untuk kami jika dibandingkan dengan insan lain yang turut diuji kehilangan ahli keluarga tercinta.
“Saya cuma berharap orang ramai dapat membantu kami agar tidak memberikan sebarang komen yang tidak sensitif yang hanya akan mengganggu emosi kami sekeluarga,” kongsinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses bedah siasat.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd