Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Petugas Hospital Teruja! Bayi Hampir 5 Kilogram Dilahirkan Di Melaka

Seorang bayi lelaki mencuri tumpuan warga Hospital Pantai di Melaka apabila dilahirkan dengan berat luar biasa, hampir mencecah lima kilogram, lapor Kosmo! Online.

Bayi hampir 5 kilogram dilahirkan!

Bayi seberat 4.91 kilogram itu dilahirkan pagi semalam, menerusi pembedahan Caesarean (Czer) oleh Nur Hafizah Othman, 35, sambil ditemani suaminya Nor Irfan Azizi Nordin, 36.

Menurut Nor Irfan, mereka sudah menjangkakan cahaya mata ketiga itu bakal dilahirkan dengan berat melebihi empat kilogram berdasarkan pemeriksaan sebelum ini.

Bayi hampir 5 kilogram

Foto: Kosmo! Online

Namun, beliau mengakui tetap terkejut apabila dimaklumkan berat sebenar bayi tersebut hampir mencecah lima kilogram.

“Sebelum ini anak pertama kami, Noah Naufal dilahirkan seberat 4.5kg, manakala anak kedua, Noah Ayden pula 4.2kg. Jadi, kami jangkakan bayi ketiga ini dalam lingkungan itu sahaja.
“Tiba-tiba suasana di bilik pembedahan tadi bertukar kecoh, semua petugas di hospital berlari-lari dalam keadaan penuh teruja nak tengok anak kami, rupanya kerana saiz dan beratnya yang luar biasa iaitu 4.91kg,” katanya kepada Kosmo! Online.

Artikel lain: Putera Mateen Timang Puteri Sulung, 17 Das Tembakan Meriam Sambut Kelahiran Diraja

Advertisement. Scroll to continue reading.
Bayi hampir 5 kilogram

Foto: Malaysia Gazette

Bagaimanapun, dia menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila kedua-dua isterinya dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat, walaupun sehingga kini mereka masih terkejut dan dalam masa sama teruja dengan berat anak yang dilahirkan itu.

“Kami masih belum memutuskan nama untuk bayi tetapi nama pertama atau di depan adalah Noah, sama seperti abang-abangnya yang lain,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Nor Irfan turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pasukan perubatan hospital yang bertungkus-lumus membantu sepanjang prosedur kelahiran itu, selain sama-sama berkongsi detik kegembiraan bersama keluarganya.

Sumber: Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Lokal

Sepasang kekasih dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di tanah perkuburan Cina di Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd